NOTA EDITOR: Perkongsian daripada Puan Mastura Mansor, Pengasas NGO Alumni KMPk berikut merupakan lanjutan respon terhadap cadangan untuk menamatkan Program Matrikulasi oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini. Baca perkongsian pertama Puan Mastura Mansor disini.
Puan Mastura Mansor adalah antara pengasas NGO Alumni KMPk dan beliau juga merupakan mantan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2010/2012.
Beliau kini merupakan seorang Konsultan Kerjaya di Career Cube, sebuah syarikat konsultansi yang memfokuskan kepada penyediaan program latihan dan konsultansi berkaitan kerjaya.
Untuk maklumat lanjut berkaitan Career Cube, sila lawati laman web mereka di www.careercube.com.my
Penulisan ini hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan dan para alumni matrikulasi. #teruskanmatrikulasi #janganmansuhmatrikulasi
1. Objektif
Kembali kepada fungsi dan peranan matrikulasi. Bila dikatakan ia adalah fast track, maksud - di Malaysia untuk memasuki ambil ijazah sarjana muda di Universiti, tiada ambilan terus daripada lepasan SPM. Bakat yang ada dengan keputusan yang cemerlang di dalam SPM, selepas setahun sudah boleh sambung degree.
2. Sijil matrikulasi
Apabila asas pembukaan dan penubuhannya bukan fokus mempersiapkan pelajar matrikulasi untuk berkerja, maka 1 tahun (atau 2 tahun) itu memadai untuk melayakkan pelajarnya menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Berbeza dengan diploma dan sijil kemahiran. Asasnya memang memberikan pengkhususan bidang (job-skill) dan graduan dapat menempatkan diri di alam kerja.
Lain padang lain belalang. Lain institusi lain gurunya.
3. Kuota
Lambakkan pelajar bukan bumiputera yang straight A+ mengakibatkan kuota 10-20% dipenuhi mereka yang paling cemerlang di dalam kalangan yang cemerlang.
4. Momentum belajar
Lepas SPM, dapat keputusan yang cemerlang, sambung 1 tahun dan kekal cemerlang. InsyaAllah, sambung ijazah sarjana muda. Ada rezeki, sambung belajar lagi sehingga sarjana dan doktor falsafah. Jadi pensyarah, mengajar pula.
5. Rezeki
Belajarlah di mana pun, pokok pangkalnya adalah NIAT dan SIKAP terhadap kehidupan. Apa yang nak dituai di kemudian hari, itulah yang ditanam sekarang. Ada orang dapat jurusan yang dikehendaki, alhamdulillah. Ada orang dapat jurusan yang belum diminati, yakinlah, Allah mahu kita belajar sesuatu daripada kehidupan.
6. Pengalaman sendiri
Daripada sekolah harian, seorang diri masuk matrikulasi tanpa orang yang kita kenal. Terkapai-kapai. Sebab ibuayah galakkan untuk memasuki matrikulasi. Semester pertama (semester yang mencabar kerana pertama kalinya ukuran pencapaian akademik adalah pointer), nak biasakan diri dengan persekitaran, budaya, kawan baru...alhamdulillah dapat 3 pointer above. Masuk semester 2, pointer drop. Tidak mengapa. Mohon sahaja jurusan yang berjaya dapat A (KIMIA). Isi borang UPU, 2 pilihan pertama kejururawatan (sebab ibu)
6 pilihan seterusnya adalah IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KIMIA) pelbagai Universiti. Dapat USM. Alhamdulillah. Dah belajar di USM tahun ke-2 dah mula rasa nak menyerah (jangan diturutkan hati), habiskan juga. 4 tahun (kawan-kawan dah grad). Lepas grad, dapat jadi AHLI KIMIA. Tidak tunggu lama, 1 tahun sahaja. SEBAB?
Sambung master dalam bidang komunikasi korporat (waktu ini sudah terjun dalam bidang latihan). Bila belajar, senang! Pertama kali dapat pointer 3.5 ke atas. SEDAR DIRI. Rupanya minat pada bidang lain.
Sedikit pun tidak kesal.
1 tahun di matrikulasi - belajar makna disiplin, dapat kawan baru (pelbagai negeri), kemahiran berurusan dengan pensyarah (tugasan, tutorial, kuiz dan lain-lain), belajar berdikari!
4 tahun di universiti - perkukuh ilmi sains kimia, kepimpinan, nilai kendiri, networking.
2 tahun lagi - komitmen kerja dan belajar serentak, kuasai masa, mulai fokus kepada memaknakan kehidupan mendatang.
Sekali lagi, matrikulasi boleh menjadi satu turning point seseorang itu berubah menjadi baik mahupun sebaliknya. Kerana, MEMANFAATKAN 1 TAHUN UNTUK KESENANGAN 30 TAHUN AKAN DATANG (baca: atas niat ikhlas, redha berusaha dan tawakkal kepada ALLAH).
No comments:
Post a Comment