Social Icons

twitterfacebook

Sunday, June 10, 2012

Selamat Hari Bapa

Jika bulan MEI hari ibu disambut, pada bulan JUN ini tiba pula giliran hari bapa. Namun yang demikian, hari ibu dan hari bapa ini bukanlah hanya dirai pada bulan-bulan ini tetapi sewajarnya setiap masa dan hari itu adalah hari-hari istimewa buat mereka. Kita sebagai anak yang akan merealisasikannya!

Sebagai anak, jasa ibu bapa amatlah tinggi nilainya hingga tiada tolok bandingnya. Wang ringgit? Harta kekayaan? Itu bukan ukurannya. Anak sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sebaik-baik kejadian, dikurniakan ibu bapa yang berusaha keras memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tanpa mereka siapalah kita di atas muka bumi Tuhan ini.

Bapa.
Abuyya.
Ayah.
Abah.
Abi.
Papa.
Daddy dan seangkatan dengannya.

Sinonim dengan tugas sebagai ketua rumah tangga. Ibarat nakhoda sebuah kapal yang sarat dengan muatan. Dikemudinya mengikut arah yang telah ditetapkan untuk sampai ke satu destinasi yang hendak dituju. Tugasnya bukan mudah kan? Andai kata salah kemudi, maka salah juga arahnya dan seterusnya sesatlah serta semakin jauh daripada destinasi yang hendak dituju itu.

Bapa,
Insan terpilih di antara kaum adam di dunia,
Menjadi nakhoda berwibawa,
Penunjuk arah mencapai impian yang utama,
Manusia terhormat, pendidik hawa,
Mendidik, rohani dan spiritual.

Bapa,
Dikau insan disegani lagi dihormati,
Dikau insan penuh amanah dan dedikasi,
Dikau insan anugerah Ilahi.

Bapa,
Pengorbananmu itu tiada nilai gantinya,
Hidup sementara ini kau korbankan segala,
Demi keluarga amanah Tuhanmu,
Penat lelah sepi, tiada jemu dalam kalbu.

Bapa,
Insan HEBAT!
AWESOME!


SELAMAT HARI BAPA daripada MEDAN BICARA ALUMNI buat ahli-ahli ALUMNI KMPK yang sudah bergelar bapa dan istimewa buat bapa-bapa sedunia. Semoga kalian sentiasa di bawah lembayung rahmatNya, dimurahkan rezeki dan dapat menjadi contoh tauladan kepada generasi muda masa ini. Insya Allah.

SELAMAT HARI BAPA!
JOM jadi warga ALUMNI yang tahu hargai jasa BAPA!

Sebarkan kasih sayang dalam keluarga!

1 comment:

Asyraf Albakri said...

perlu ad 'awes0me' ya bwh tu;)
menarik!