Social Icons

twitterfacebook

Wednesday, April 20, 2016

Kenali Program Matrikulasi - Respon Terhadap Cadangan Penamatan Program Matrikulasi

NOTA EDITOR: Perkongsian daripada Puan Mastura Mansor, Pengasas NGO Alumni KMPk berikut merupakan respon terhadap cadangan untuk menamatkan Program Matrikulasi oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini.

Puan Mastura Mansor adalah antara pengasas NGO Alumni KMPk dan beliau juga merupakan mantan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bagi sesi 2010/2012.

Beliau kini merupakan seorang Konsultan Kerjaya di Career Cube, sebuah syarikat konsultansi yang memfokuskan kepada penyediaan program latihan dan konsultansi berkaitan kerjaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Career Cube, sila lawati laman web mereka di www.careercube.com.my











Penurunan mendadak kemasukkan pelajar lepasan SPM ke matrikulasi. Maknanya, matrikulasi tidak menjadi pilihan pelajar untuk sambung belajar sebelum memasuki kampus (ijazah sarjana muda). Sayang...

1. Laluan pintas
Ya, sistem matrikulasi sesingkat 1 tahun pengajian (2 semester) sahaja. Lulus cemerlang, boleh terus sambung ijazah sarjana muda. Diperkenalkan juga, program dua tahun (PDT) yang memberikan masa yang lebih kepada pelajar beradaptasi dengan tahap ilmu yang makin mendalam berbanding SPM.

2. Syarat kemasukkan
Fokus matrikulasi adalah sains, teknikal dan akaun. Jadi, lepasan SPM yang cemerlang (baca: kredit, minimum C) di dalam mata pelajaran berkaitan akan menjadi pilihan sistem dan ditawarkan.

3. Quota Bumiputera
Di awal penubuhan, matrikulasi hanya untuk rakyat Bumiputera. Sekitar 2001-2002 quota bukan Bumiputera dibuka 10-20%.

4. Kes "jurusan lelong"
Jurusan yang ditawarkan untuk ijazah sarjana muda, tidak satu pun yang berkait dengan yang dimohon untuk kemasukkan ke universiti. Puncanya: TIADA STRATEGI, TIDAK UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

Contoh: PNGK 2.74, mohon untuk jurusan pendidikan (upu). RISIKO. PNGK minimum untuk pendidikan adalah 3.00. Tempat yang disediakan di universiti tidak seramai mereka yang mendapat 3.00 ke atas.

5. Katak bawah tempurung
Banyak program yang membantu pelajar matrikulasi memilih jurusan untuk sambung belajar. Hanya yang rajin berhenti depan papan kenyataan dan BACA poster/pengumuman, dapat manfaatnya. Dukacitanya, ramai yang tidak cakna. Sedih!

6. Matrikulasi jua yang dipersalahkan
Susah. Susah. Susah. Seolah-seolah belajar STPM, Diploma semua tu senang. Ia adalah sikap. Sikap dan nilai diri terhadap kahidupan.

Pelajar yang rajin ke kuliah, fokus belajar, jaga hubungan dengan pensyarah dan pelihara amanah menuntut ilmu, insyaAllah inilah pelajar yang sekarang ini menjadi pakar di dalam bidangnya.
Maka, sebaliknya buat pelajar yang ponteng kuliah, skip tugasan, kurang hormat pasa pensyarah dan tidak amanah dengan ilmu, mereka menyalahkan matrikulasi. Susah.

7. Alumni
Hanya yang pernah melalui sistem ini tahu apa yang sebenarnya terjadi. Saya melihat ramai rakan sekuliah sewaktu di matrikulasi, yang kini bergelar DOKTOR, JURUTERA, ARKITEK, GURU, USAHAWAN, PENSYARAH, PTD, AKAUNTAN (ACCA) dan banyak lagi.

Mereka ini sewaktu belajar dahulu, MEMANFAATKAN 1 TAHUN UNTUK KESENANGAN 30 TAHUN AKAN DATANG.
Sememangnya, matrikulasi sangat istimewa buat pelajar yang tahu untuk memanfaatkan masa hadapan mereka.


Mastura Mansor
Alumni Kolej Matrikulasi Perak

No comments: