Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, April 19, 2016

Selamat Menjadi Warga Matrikulasi dan Selamat Datang ke KMPk

Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan oleh Naib Setiausaha Agung NGO Alumni KMPk, Tuan Hasnul Adin untuk mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2016/2017.





Tahniah kepada adik-adik yang telah menerima tawaran ke Program Matrikulasi sesi 2016/2017.

Saya mewakili NGO Alumni KMPk mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi sebahagian daripada warga matrikulasi buat semua bakal pelajar Program Matrikulasi.

Kepada bakal pelajar Kolej Matrikulasi Perak, selamat datang ke KMPk. 

NGO Alumni KMPk merupakan persatuan alumni yang mengumpulkan bekas pelajar KMPk yang telah menamatkan sesi pembelajaran di KMPk. Antara matlamat penubuhan NGO Alumni KMPk adalah untuk membantu pihak kolej dalam meningkatkan kualiti pelajar ke arah modal insan yang berketrampilan melalui program-program yang dirancang.

Kami, para alumni bersedia membantu adik-adik bakal pelajar KMPk dalam membuat persedian untuk menghadapi dunia matrikulasi. Jika ada sebarang soalan berkenaan matrikulasi, terutamanya berkenaan KMPk, anda boleh ajukan soalan tersebut kepada kami di Facebook page rasmi NGO Alumni KMPk.

Justeru, saya berbesar hati ingin menjemput adik-adik bakal pelajar matrikulasi, terutamanya bakal pelajar KMPk untuk 'like' Facebook page rasmi persatuan di NGO Alumni KMPk.

Untuk bakal pelajar KMPk, insyaAllah satu 'group' rasmi untuk pelajar kemasukan sesi 2016/2017 akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk mengumpulkan bakal pelajar KMPk sesi 2016/2017. Di dalam 'group' tersebut anda boleh bertanyakan sebarang soalan berkenaan persediaan sebelum bergelar pelajar matrikulasi. Soalan-soalan anda akan dijawab oleh para pegawai dan alumni. 

Para alumni yang mempunyai saudara mara atau kenalan yang bakal bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Perak, jika ada sebarang soalan berkenaan persediaan sebelum bergelar pelajar matrikulasi, bolehlah bertanya di Facebook page rasmi NGO Alumni KMPk atau bertanya di dalam 'group' Alumni KMPk (Group bekas pelajar KMPk).

InsyaAllah kami sedia membantu dan memudahcara urusan adik-adik bakal pelajar semua.

Selamat menjadi Warga Matrikulasi!


'Menuju Alumni Berprestij!'

Hasnul Adin
Naib Setiausaha Agung
NGO Alumni KMPk

No comments: