NOTA EDITOR: Kenyataan oleh Presiden NGO Alumni KMPk ini adalah respon terhadap artikel berkenaan cadangan untuk menamatkan sistem matrikulasi oleh ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud. Baca artikel tersebut disini.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pelajar lepasan SPM 'takut' untuk masuk ke dalam sistem Matrikulasi kerana guru-guru disekolah dan ahli keluarga mengatakan Matrik ini susah. Pengambilan pelajar ke matrikulasi juga semakin berkurangan.
Fenomena takut ke matrikulasi ini merupakan satu perkara yang amat pelik. Sistem Matrikulasi KPM telah berjaya melahirkan ramai pakar dan profesional yang mempunyai kemahiran dalam memajukan negara. Ramai doktor, engineer, pakar IT dan pelbagai lagi yang lahir dari sistem matrikulasi.
Mustahil pembelajaran di matrikulasi itu susah sekiranya mereka benar-benar fokus di dalam sesi pembelajaran. Kebanyakan yang gagal di matrikulasi adalah mereka yang banyak bermain dan ponteng kuliah.
Pada hemat saya, para pelajar yang MALAS dan suka BERMAIN di dalam kelas berpunca daripada kekurangan pendedahan mengenai kepentingan pendidikan dan perancangan kerjaya di masa hadapan. Ini menyebabkan mereka belajar tanpa hala tuju. Perkara ini perlu diselesaikan di peringkat sekolah lagi oleh ibu bapa dan guru. Ini lah punca utama pelajar tidak 'matang' seperti disebut YB.
Belajar di Matrikulasi adalah percuma. Bahkan di'bayar' elaun setiap semester. Kenapa masih 'takut' untuk masuk ke matrikulasi?
'Menuju Alumni Berprestij!'
Hilmi Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk

No comments:
Post a Comment