Social Icons

twitterfacebook

Saturday, April 23, 2016

Diploma vs Matrikulasi

NOTA EDITOR: Berikut merupakan perkongsian daripada Encik Mahfuz Najhan, Ketua Jabatan Matematik, Kolej Matrikulasi Perak berkenaan perbezaan antara Program Matrikulasi dan Diploma. 



Seminggu dua ni, bising pelajar dalam memilih antara matrik atau diploma. Pelajar yang mengambil diploma selalunya ada sentimen 'matrik susah','kursus lelong' atau 'gagal matrik'.



1. Matrikulasi adalah persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah bukan persiapan pekerjaan seperti pelajar yang cenderung memilih diploma.


2. Lebuhraya lebih cepat dan selesa, namun dikenakan tol, matrik setahun diploma 3 tahun. Kesusahan di matrikulasi bukan disebabkan subjek tetapi kerana masa yang singkat dan subjek yang agak banyak. Kalau diikutkan, ada subjek diploma lebih sukar dan susah daripada subjek di matrikulasi.


3. Kursus lelong- ada beberapa kejadian kes lelongan bukan kerana matrikulasi susah tetapi kerana kegagalan pelajar mengukur baju di badan sendiri.

4. Lebih 70% mahasiswa di IPT adalah produk Program Matrikulasi.

5. Peratus kegagalan matrikulasi sangat kecil tetapi ianya selalu di'BESAR'kan seolah-olah kegagalan disebabkan oleh matrikulasi sedangkan 99% lulus dan menikmati kehidupan di matrikulasi yang menyeronokkan.

6. Hampir 95% pelajar matrikulasi berada di matrikulasi kerana mereka ingin menyambung pelajaran ke ijazah sedangkan diploma separuh daripadanya memilih terus berkerja.

7. Biasiswa diberikan di matrikulasi, manakala pinjaman untuk diploma. Berapa agaknya hutang kita sekiranya kita berada di diploma kemudian menyambung ke ijazah.

8. Lelong- apa yang saya maksudkan adalah pelajar yang dilelong adalah pelajar yang memohon kursus yang tidak setimpal dengan keputusan mereka. Sedangkan ada 2700++ jurusan yang boleh mereka ambil. Kemudian mereka juga amat memilih universiti. InsyaAllah di matrik ada kaunselor yang membantu. Saya sewaktu memegang jawatan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, saya akan bantu sehingga interview.

9. Ramai yang tidak boleh mengawal kebebasan sehingga mereka hilang fokus. Matrikulasi ini adalah medium antara IPT dan sekolah, walaupun pembelajaran ala universiti, tapi anda dijaga seperti pelajar. Kalau di universiti, andalah segalanya.

No comments: