Social Icons

twitterfacebook

Monday, March 28, 2016

Pindaan Perlembagaan: Keahlian dan Yuran


Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Naib Presiden 1 NGO Alumni KMPk, Cik Puan Noor Marinah Sahri berkaitan pindaan perlembagaan persatuan yang membawa kepada perubahan pada keahlian dan yuran pendaftaran ahli.



-----


Infografik menerangkan perbezaan jenis keahlian persatuan yang lama dan yang baru.


Semasa Annual Grand Meeting 4 SPKG VIII bulan lalu, pengasas NGO Alumni KMPk iaitu Puan Mastura Mansor telah mencadangkan pemansuhan keahlian sepenggal dan digantikan terus dengan keahlian seumur hidup.


Untuk makluman para alumni, Fasal 6(1) bayaran masuk telah dimansuhkan dan Fasal 6(2) yuran sepenggal telah dipinda kepada yuran seumur hidup dengan bayaran RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).


Para NGO Alumni Kolej Matrikulasi Perak yang menghadiri AGM 4 tempoh hari perlu melakukan penambahan bayaran yuran sebanyak RM 30.00 bagi mendapatkan status keahlian seumur hidup.


Pada sesi-sesi yang lalu, yuran keahlian seumur hidup adalah RM 100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja). Bermula pada sesi ini (sesi 2016/2018), yuran keahlian seumur hidup yang baru iaitu RM 50.00 berkuatkuasa sepenuhnya selepas dipersetujui semasa AGM lalu.


Bagi alumni yang ingin mendaftar sebagai ahli persatuan, bayaran sebanyak RM 10.00 akan dikenakan sebagai deposit dan baki bayaran sebanyak RM 40.00 haruslah dilangsaikan dalam tempoh 2 tahun. Namun begitu, para alumni diberi pilihan untuk membuat bayaran sekali gus atau secara ansuran.


Ahli yang membiarkan yurannya tertunggak dalam tempoh 2 tahun akan diberikan surat peringatan sebelum keahliannya akan diberhentikan.


Kad keahlian seumur hidup yang baru akan diperkenalkan untuk sesi kali ini dan ianya masih dalam proses perbincangan para Pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk.


Segala informasi dan maklumat terkini persatuan akan dihebahkan di halaman Facebook rasmi NGO Alumni KMPk.


'Menuju Alumni Berprestij!'

Noor Marinah Sahri
Naib Presiden 1NGO Alumni KMPk

No comments: