Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, March 6, 2018

Sesi Mengopi Bersama Ketua Penolong Pengarah BMKPM: Saham Sampai Syurga

Nota Editor: Semalam 6 Mac 2018, Presiden Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak, Tuan Hilmi Ismail telah berpeluang untuk bertemu dengan Tuan Hasyidan Hussain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. Berikut adalah perkongsian daripada diskusi semasa pertemuan tersebut.

Alhamdulillaah baru selesai sesi santai 'mengopi' bersama orang hebat iaitu Tuan Hasyidan Mohd Hussain, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM. Orangnya sangat bersahaja dan banyak nasihat dan idea yang dilontarkan.
Fokus perbincangan kami tertumpu kepada misi menubuhkan Gabungan Alumni Matrikulasi Semalaysia. Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM juga mempunyai hasrat yang besar untuk menghidupkan alumni di setiap kolej matrikulasi dan seterusnya mewujudkan persatuan gabungan. Banyak manfaat yang kami dapat lihat sekiranya projek gabungan ini dapat dijayakan terutama untuk pelajar semasa, bekas pelajar yang berada di kampus dan mereka yang sudah bekerjaya.
Lebih kurang 2 jam duduk semeja, idea beliau selari dengan idea dan hasrat saya secara peribadi dan juga NGO Alumni KMPk untuk mewujudkan Rangkaian Kerjaya.
Kita jayakan agenda alumni ini bukan untuk diri kita. Tetapi hasrat kita hanyalah ingin memberikan secebis manfaat kepada orang lain. Dengan harapan mereka akan buat perkara yang sama kepada generasi seterusnya.
Jadi saya nak mohon sesiapa sahaja kawan saya di sini yang pernah belajar di dalam program matrikulasi, tak kira matrik mana. Kedah, Penang, Pahang dan lain-lain, untuk share post ini dan tag kawan2 lama di matrik dulu untuk sama-sama kita jayakan misi Aumni-alumni Matrikulasi Semalaysia ini.
Biarlah wang, masa dan tenaga kami habis, InsyaAllah di 'sana' nanti kami akan jadi orang 'kaya'.
Bak kata Tuan Hasyidan tadi, "Saham sampai syurga".
"Bersama Menabur Bakti"

No comments: