Anugerah ini diberikan sebagai dorongan dan motivasi pada
para Alumni untuk terus beri komitmen pada persatuan. Pemenang telah dipilih
dari kalangan Alumni yang masih baru dan ada potensi untuk terus bantu Alumni
untuk masa yang panjang.
Syahirah Nabilah Binti Rasidoun telah dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah ini semasa program Sireh Pulang ke Gagang IX yang lalu. Beliau merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Perak sesi 2014/2015 dan usai tamat pengajian beliau terus memberi komitmen bersama persatuan.
Beliau merupakan Pengarah program Sireh Pulang ke Gagang IX dan telah dilantik sebagai Naib Presiden 2 Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak bagi sesi 2018/2020.
Tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga terus komited bersama persatuan.
"Bersama Menabur Bakti"
No comments:
Post a Comment