Nota Editor: Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Presiden NGO Alumni KMPk, Tuan Hilmi Ismail berkenaan kejayaan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan (KML) mendaftar sebagai persatuan NGO alumni matrikulasi yang sah.
-----
Logo rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah.
Sekalung ucapan tahniah kepada Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Labuan (KML) atas kejayaan membina satu lagi persatuan NGO alumni matrikulasi.
Tahniah buat Pengerusi Alumni KML; Juriah Jahimin dan alumni-alumni KML yang berusaha menjadikan ianya satu kenyataan.
Selamat datang ke dalam keluarga NGO alumni matrikulasi.
Dalam pengetahuan saya, hanya tiga sahaja alumni yang berdaftar di bawah ROS sebagai NGO iaitu KMPk, KMPP dan KML (setelah KMM dibubarkan).
Semoga alumni matrik lain turut bersama menjayakan misi alumni masing-masing dalam membina generasi muda yang berpotensi besar memajukan negara Malaysia.
Harapan saya untuk masa hadapan, kita boleh bersama membina satu NGO gabungan alumni-alumni matrikulasi bagi membawa misi yang lebih besar.
"Menuju Alumni Berprestij"
Muhammad Hilmi Bin Ismail
Presiden
NGO Alumni KMPk
No comments:
Post a Comment