Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Warga Alumni KMPk sekalian,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepadaNya diatas perlantikan Majlis Tertinggi Alumni KMPk bagi sesi 2014/2016. Saya Muhammad Hilmi bin Ismail selaku Presiden Alumni KMPk amatlah berbesar hati dan berterima kasih di atas kepercayaan ahli Alumni KMPk untuk perlantikan saya sebagai Presiden baru bagi memimpin pergerakan Alumni KMPk sesi 2014/2016. Saya akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik dari saya dan barisan kepimpinan Majlis Tertinggi kali ini dalam menaikkan nama Alumni KMPk sejajar dengan motto Alumni KMPk kali ini, “Menuju Alumni Berprestij”.
Saya ingin memperkenalkan pegawai Majlis Tertinggi Alumni KMPk bagi sesi 2014/2016 yang akan bersama saya iaitu :
Timbalan Presiden : Nurul Illianida Binti Roslan (2009/2010),
Naib Presiden 1 : Rahmah Binti Razali (2008/2009),
Naib Presiden 2 : Muhammad Abu Ubaidah Bin Tajul Arif (2007/2009),
Setiausaha Agung : Fatin Nabila Binti Hamsan (2010/2012),
Timbalan Setiausaha Agung : Noor Marinah Binti Sahri (2010/2011 ),
Bendahari Kehormat : Nor Nadzatul Ain Binti Nazurin (2011/2012) dan
Timbalan Bendahari Kehormat : Abdullah Zahid Bin Saharuddin (2010/2011).
Perlantikan ini dilakukan atas dasar undian tertinggi pada Mesyuarat Agung Yang Keempat pada 11 Februari 2014 yang lalu. Kepelbagaian peringkat umur dan juga tahun pengajian di Kolej Matrikulasi Perak ini akan dapat menyumbangkan kepelbagaian idea dari setiap pihak selain daripada mengeratkan ukhuwah walaupun berbeza umur dan cara pemikiran masing-masing. Namun, kerjasama dan kesatuan yang akan diberikan adalah tidak lain tidak bukan untuk menaikkan nama Alumni KMPk dan memberikan nafas baru buat persatuan ini.
Seusai perlantikan MT Alumni KMPk sesi 2014/2016, satu Kursus Pengurusan Organisasi telahpun diadakan. Kursus ini diadakan bertujuan untuk kami menetapkan visi, misi dan objektif Alumni KMPk dan tidak lupa juga perancangan aktiviti sepenggal sepanjang sesi 2014/2016.
Warga ahli Alumni KMPk yang dihormati,
Kini Alumni KMPk sudah pun bergelar NGO selama lebih 4 tahun. Penggal kali ini kita akan bersama-sama di dalam memacu Alumni KMPk melangkah setapak kehadapan dalam mengoptimumkan fungsi Alumni kepada ahli, pelajar KMPk dan masyarakat.
Jabatan Setiausaha, Jabatan Bendahari dan beberapa biro utama akan ditubuhkan dibawah Jawatankuasa Alumni KMPk. Langkah ini diambil bagi mengoptimumkan lagi skop gerak kerja kita dan dalam masa yang sama dapat melibatkan lebih ramai ahli Alumni KMPk dalam gerak kerja persatuan ini.
Perkara seterusnya yang ingin saya sentuh secara serius adalah penubuhan Rangkaian Alumni. Objektif utama Rangkaian ini ditubuhkan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua ahli Alumni KMPk untuk menyumbang idea, tenaga, kepakaran mahupun kewangan.
Dari masa ke semasa, pelbagai maklumat seperti hala tuju, planner aktiviti, perancangan Rangkaian Alumni dan maklumat MT akan diumumkan melalui portal-portal rasmi Alumni KMPk iaitu blog http://alumnikmpk.blogspot.com/, fanpage AlumniKMPK Rasmi dan Group Facebook Alumni KMPk.
Harapan saya dan seluruh barisan kepimpinan Alumni KMPk 2014/206 mengharapkan agar ramai lagi bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang akan bersama-sama dengan kami.
Semoga kita dapat bertemu lagi di masa yang akan datang dalam program Alumni KMPk.
“Menuju Alumni Berprestij”
Presiden Persatuan Alumni KMPk,
Muhammad Hilmi Ismail.
Gambar di sekitar Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Majlis Tertinggi Alumni KMPk sesi 2014/16
No comments:
Post a Comment