Social Icons

twitterfacebook

Monday, March 10, 2014

Fanpage Alumni KMPk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ketika ini kami pihak penggerak NGO Alumni KMPk sedang dalam usaha untuk menghidupkan semula Fanpage Alumni KMPk yang sekian lama sepi.

Tujuan utama Fanpage Alumni KMPk dihidupkan semula adalah sebagai sebuah platform rasmi untuk penyebaran maklumat dan aktiviti-aktiviti Alumni KMPk selain daripada medium seperti Group ini Twitter, Blog dan juga Instagram.

Fanpage Alumni KMPk ini juga diharapkan agar dapat dijadikan salah satu cara untuk alumni-alumni KMPk yang ada diserata Malaysia untuk berhubung dengan pihak kami, penggerak NGO Alumni KMPk.

Seperti yang diperkatakan oleh Presiden Alumni KMPk sesi 2014/16 Tuan Hilmi Ismail dalam perutusan pertama beliau; "Dari masa ke semasa, pelbagai maklumat seperti hala tuju, planner aktiviti, perancangan Rangkaian Alumni dan maklumat MT akan diumumkan melalui portal-portal rasmi Alumni KMPk", Fanpage Alumni KMPk ini diharapkan akan dapat menyalurkan maklumat-maklumat tersebut dan seterusnya menjadi medium utama penyampaian maklumat-maklumat aktiviti Alumni KMPk.

Harapan kami, agar lebih ramai alumni-alumni yang akan tampil dan memberikan sokongan kepada kami dalam setiap aktiviti yang akan dianjurkan seperti Get To Know(GTK), Oh My Career! dan lain-lain lagi.

Oleh itu, dijemput semua alumni-alumni untuk sama-sama like Fanpage ini.

https://www.facebook.com/AlumniKMPk.168109PRK

:)

"Menuju Alumni Berprestij!"





Lain-lain medium:

Twitter: https://twitter.com/AlumniKMPk

Blog: http://alumnikmpk.blogspot.com/

Instagram: http://instagram.com/alumnikmpk#




No comments: