Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, May 17, 2016

Halatuju dan Perancangan Exco Rangkaian Kerjaya NGO Alumni KMPk 2016/2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selesai sudah perjumpaan Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk bersama Barisan Exco NGO Alumni KMPk. Hasil perjumpaan tersebut, Exco Rangkaian Kerjaya telah menetapkan matlamat dan pelan tindakan sejajar dengan hala tuju NGO Alumni KMPk.

Secara amnya, matlamat utama Exco Rangkaian Kerjaya ditubuhkan adalah bagi membantu para pelajar KMPk serta alumni KMPk dalam bidang akademik dan kerjaya.

Bantuan ini adalah dalam bentuk perkongsian maklumat yang pelbagai dalam bidang akademik dan kerjaya. Untuk itu, kami akan membangunkan laman sesawang rasmi NGO Alumni KMPk sekaligus menggunakan laman tersebut sebagai platform perkongsian akademik dan kerjaya. Oleh itu, pelajar dan alumni boleh mendapatkan maklumat berkaitan akademik dan kerjaya melalui laman tersebut.


Klik untuk ke page Facebook Rangkaian Kerjaya NGO Alumni KMPk.



Dalam jangka masa panjang, kami berharap pelan tindakan ini juga berupaya untuk membantu seluruh warga Malaysia termasuk para guru, pensyarah dan pelajar-pelajar sekolah. Secara tidak langsung, NGO Alumni KMPk menjadi salah satu badan penting sebagai rujukan berkaitan akademik dan kerjaya.

Akhir kata, semoga dengan bantuan ini dapat memotivasikan pelajar dan alumni KMPk untuk terus berjaya di masa hadapan.

'Menuju Alumni Berprestij!'

Atik Zufar Mohd Razaki
Exco Rangkaian Kerjaya
NGO Alumni KMPk

No comments: