Seperti yang diwar-warkan di laman sosial, program Education & Career Fair 2015 akan berlansung pada 14 Februari depan di Kolej Matrikulasi Perak. Antara pengisian program adalah Annual Meeting yang akan diadakan pada sebelah malam di Auditorium, LH5 KMPk.
Kenapa Annual Meeting ini diadakan?
Annual Meeting ini diadakan sebagai medan untuk para pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk membentangkan hala tuju persatuan kepada para Alumni disamping membuka peluang kepada para Alumni-bekas pelajar untuk memberikan pendapat berkenaan persatuan dan berkongsi idea tentang akiviti dan lain-lain.
Antara yang akan berlaku semasa Annual Meeting adalah;
1. Pembentangan laporan program.
2. Pembentangan hala tuju persatuan.
3. Usul perlembagaan.
4. Sesi cadangan perancangan hadapan persatuan(aktiviti dan program)
5. Sesi soal jawab
6. Pencarian ahli Team Alumni Gigih - penggerak persatuan.
Besarlah harapan kami agar sahabat-sahabat Alumni dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan kami menjayakan Annual Meeting ini. Inilah antara sedikit peluang yang para Alumni dan para penggerak persatuan ada untuk mengadakan diskusi secara hadapan dan membincangkan tentang masa depan persatuan.
Jadi, dijemput sahabat Alumni semua untuk sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang ini: http://goo.gl/pHKGog
Jumpa anda di KMPk! ;)
Tambahan 1: Kepada para Alumni berkerjaya, mohon kerjasama anda untuk isikan borang Alumni Berkerjaya ini bagi membolehkan kami menjayakan Rangkaian Alumni yang sedang dalam perancangan. Rangkaian Alumni ini akan menjadi medan perkongsian maklumat dan info berkenaan hala tuju lepasan matrikulasi.
Borang Alumni KMPk Berkerjaya: http://goo.gl/oHQGcH
Tambahan 2: Kepada para Alumni sekalian, kami menjemput anda untuk memberikan respon kepada Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk ini. Kami mahu mendengar pendapat dan idea anda berkenaan persatuan. :D
Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk: http://goo.gl/U30bCA
No comments:
Post a Comment