Salam Sayang. Apa khabar semua Alumni KMPk? Diharapkan anda semua sihat sentiasa. Seperti yang anda sedia maklum, kali ini Alumni KMPk tampil menghantui hidup anda lagi dengan menganjurkan program yang sudah tidak asing pada Alumni KMPk yang sudah bergelar 'otai'. Apalagi kalau bukan program 'SIREH Pulang ke Gagang' atau nama singkatannya SPKG.
Pada sesi kali ini, SPKG 2012 akan dilaksanakan pada tarikh keramat iaitu 10 Feb, 11 Feb & 12 Feb 2012 bertempat di kolej matrikulasi kita yang tercinta iaitu Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Bagi yang tidak pernah menghadiri program SPKG, pasti tertanya-tanya apakah pengisian atau objektif utama program ini. Ye la kan, nama programnya sahaja sudah begitu simbolik.
Baiklah, SIREH Pulang Ke Gagang (SPKG) boleh juga dibahasakan dengan nama manja lain iaitu 'Reunion'. Dengan erti kata lain, SPKG diadakan bertujuan untuk mengumpulkan kembali para Alumni KMPk dari batch pertama hinggalah batch lepas dalam pelbagai aktiviti yang telah direncanakan oleh Majlis Tertinggi Alumni KMPk beserta dengan kerjasama dari Biro-Bironya yang bersemangat waja. Suka admin tekankan di sini, SPKG merupakan program untuk semua BATCH Alumni KMPk yang PERNAH sama-sama berkongsi kisah kehidupan sebagai seorang pelajar KMPk.
Ringkasan program SPKG:
TARIKH : 11 - 12 FEB 2012, Sabtu & Ahad ( Namun, pendaftaran penginapan pada 10 FEB 2012, Jumaat)
LOKASI : Semestinya di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)
BAYARAN : RM 45 ( Lengkap dengan makanan, penginapan & pelbagai aktiviti menarik, yang teristimewa ada Majlis Makan Malam a.k.a Dinner)

Juga, suka admin kongsikan antara aktiviti yang akan menghiasi hari anda sepanjang 2 hari berada di KMPk untuk program SPKG ini.
10 Februari 2012
-Pendaftaran kehadiran & penginapan di KMPk
(Sepanjang hari dari 7 pagi hingga malam)
10 Februari 2012
-Pendaftaran kehadiran & penginapan di KMPk
(Sepanjang hari dari 7 pagi hingga malam)
11 Februari 2012
- Pagi, Fun & Tricks!
(Aktiviti Ice Breaking dan Games untuk Alumni KMPk yang hadir. Kerjasama dengan JPP KMpk)
- Petang, LET'S VOTE!
(Mesyuarat Agung Tahunan Alumni KMPk 2012/2014. Pelantikanahli jawatankuasa baru untuk tahun mendatang)
-Malam, DINNER!
(Majlis makan malam, kemuncak program!
***** Penampilan istimewa,SOLEHAH Sarah Azizul, mantan naib presiden Alumni KMPk 2006/2007

12 Februari 2012
-Check out time!
-Check out time!
Dipendekkan cerita, pabila adanya program, pasti adanya pendaftaran. Jadi, selepas tamatnya celoteh admin ini, admin sediakan LINK BORANG PENDAFTARAN bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai SPKG sahaja. Sila baca dengan minda yang lapang dan teliti sebelum mengisi borang tersebut. Segala maklumat dan jumlah pembayaran ada dinyatakan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau ada info yang kurang difahami, sila jangan malu untuk terus berhubung dengan admin di group Alumni KMPk atau Muka Buku Alumni KMPk Rasmi atau anda boleh terus lontarkan pertanyaan di sini.
Akhir bicara, AYUH!! Kakak2, abang2, adik2 dan seluruh warga Alumni KMPk untuk turut serta dalam SPKG. Sesaat anda bersama SPKG, seabad terasa kenangannya! Tak percaya? Jom isi borang pendaftaran, dan rasakan sendiri pengalamannya 11 FEB ini!!
P/s : 1) Pendaftaran TERHAD kepada 150 orang Alumni KMPk sahaja. Jadi, siapa cepat, dia dapat!
2) Sebelum isi borang, anda dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM 45 terlebih dahulu. Maklumat lanjut beserta no akaun, klik LINK di bawah ini.
3) Tarikh akhir untuk mendaftar sebagai peserta SPKG ialah pada 8 Feb 2012. Harap Maklum.

Sila KLIK LINK di bawah ini untuk mendaftar sebagai peserta SPKG 2012.
Sekian, terima kasih. =)
6 comments:
Ada bayaran ker tak...
Ada. RM 45 beserta pakej Majlis Makan Malam, dan pelbagai aktiviti menarik. =)
If sy tak dapat pergi SPKG, macam mana sy nak daftar sbg ahli ALUMNI?
kan dye kte terhad utk 150 owg jep kan. then, law kt da byr tpy da ckop 150 owg cane? :)
salam admin, kalau kami hanya nak datang mesyuarat agung alumni KMPk sahaja boleh?
Salam.. tumpang tanya. dh prnah try ke bnde ni ek? jd x? huhu...http://www.hyperfanpage.com/hop.php?ref=pmahkota
Post a Comment