Social Icons

twitterfacebook

Friday, February 9, 2018

Alumni Sebagai Contoh Teladan buat Para Pelajar: Perjumpaan Bersama Timbalan Pengarah, Encik Azman Mokhtar




Khamis lalu, pada 1/2/2018, telah berlangsung satu perjumpaan diantara Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar bersama barisan alumni yang hadir untuk persiapan program Sireh Pulang ke Gagang IX.

Perjumpaan itu diisi dengan sesi berkenalan antara para alumni bersama Timbalan Pengarah dan juga sedikit sesi perkongsian pesanan. 






Berikut antara pesanan Encik Azman Mokhtar buat para alumni; 

1. Alumni tolong promosikan matrikulasi pada bakal pelajar dan pelajar-pelajar semasa.

Tanpa alumni, tiadalah contoh yang dikeluarkan daripada program matrikulasi untuk dijadikan rujukan pelajar semasa dan bakal pelajar. Selain kolej, alumni juga ada tanggungjawab untuk mendidik masyarakat tentang sistem matrikulasi yang merupakan sebuah platform pendidikan yang baik.

2. Teruskan menuntut ilmu sehingga tahap tertinggi

Encik Azman menekankan soal pendidikan dimana beliau tegaskan bahawa adalah sebaiknya alumni sambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi. Melalui medium pendidikanlah, orang diluar sana akan nampak sesuatu dalam diri kita. 

3. Jangan lupakan Alumni dan matrikulasi apabila sudah bekerjaya

Pesanan ini bukan sahaja buat para Alumni tetapi untuk para pelajar semasa juga. Apabila sudah memasuki fasa bekerjaya nanti, jangan pernah lupakan matrikulasi yang menjadi salah satu tempat menimba ilmu. Datanglah semula untuk berbakti bersama persatuan.

4. Teruskan jadi contoh teladan yang baik pada para pelajar

Dari dulu hingga kini, Alumnilah yang menjadi contoh ikutan buat para pelajar. Apabila Alumni turun semula ke kolej, pasti mereka akan jadi perhatian para pelajar. Oleh yang demikian, Alumni harus menunjukkan imej yang baik, sikap dan perwatakan yang terpuji sepanjang masa.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas, Ustaz Ahmad Awang, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 1, Encik Aris Hanafi dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar 2, Cik Hayatul Khairiah.

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, Encik Azman Mokhtar atas pesanan dan kesudian untuk berjumpa dengan para Alumni. Semoga sokongan buat persatuan akan diteruskan untuk tahun tahun mendatang.

'Bersama Menabur Bakti'








No comments: