Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, May 2, 2017

Selamat Menghadapi PSPM



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang kita ketahui pada 02 Mei 2017 sehingga seluruh pelajar Program Matrikulasi di Malaysia akan menghadapi PSPM II. Saat ini sudah pasti akan memberi debaran kepada anda yang kini sudah bersiap sedia untuk menempuh minggu yang terpenting sebagai pelajar Program Matrikulasi khususnya di Kolej Matrikulasi Perak. 

Gunakanlah masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal dan bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 

Pastikan anda sentiasa tenang dan percayakan diri sendiri. Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Akhir sekali, mohonlah restu daripada ibu dan ayah serta semua pensyarah. 

Ingatlah untuk sertakan setiap usaha dengan tawakal.

Dengan harapan yang tinggi, kami daripada barisan Pegawai NGO Alumni KMPk mendoakan kejayaan anda sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Perak dalam menghadapi Peperiksaan Program Matrikulasi (PSPM) II bagi sesi 2016/2017. Semoga kalian diberi kemudahan oleh Allah SWT. 

‘Menuju Alumni Berprestij!’

Izzah Nadhirah Bt Dzulkifli
Naib Presiden 2
NGO Alumni KMPk

No comments: