Social Icons

twitterfacebook

Tuesday, February 23, 2016

Legasi NGO Alumni KMPk Berterusan dengan Kepimpinan sesi 2016/2018

Bismillah. Assalamualaikum w.b.t.

Pada Sabtu lalu bersamaan 13 Februari 2016 telah diadakan Annual Grand Meeting (AGM) NGO Alumni KMPk kali ke-4 yang bertujuan untuk membentangkan laporan aktiviti dan kewangan persatuan sesi 2014/2016 dan pembubaran Majlis Tertinggi sesi 2014/2016.

Turut diadakan adalah lantikan Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi 2016/2018.

Berikut merupakan barisan pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk yang telah dilantik bagi menerajui persatuan sepanjang sesi 2016/2018:




Presiden :
Muhammad Hilmi Bin Ismail

Timbalan Presiden :
Abdullah Zahid Bin Shaharudin

Naib Presiden 1:
Noor Marinah Binti Sahri

Naib Presiden 2 :
Izzah Nadhirah Binti Dzulkifli

Setiausaha Agung :
Nashihin Binti Zamree

Naib Setiausha Agung :
Hasnul Hisham Bin Hasamuddin

Bendahari Kehormat :
Muhammad Abu Ubaidah Bin Tajul Arif

Naib Bendahari Kehormat :
Sabilah Binti Sazulkafli

Ini merupakan gambar-gambar semasa AGM berlangsung.

Para Alumni sedang mendaftar untuk AGM SPKG VIII
Suasana didalam Dewan Kuliah 5 semasa AGM berlangsung

Para Alumni yang hadir ketika AGM SPKG VIII

Barisan Pegawai MT NGO Alumni KMPk sesi 2014/2016

Tetamu daripada Alumni Kolej Matrikulasi Labuan juga turut hadir ke AGM kali ini.

Puan Mastura, Cik Hayatul dan Encik Aris sedang membaca perlembagaan persatuan.


Untuk makluman beberapa exco telah ditubuhkan untuk memperkemaskan lagi pengurusan organisasi NGO Alumni KMPk. Barisan exco tersebut adalah:

1. Exco Hasil Kajian
2. Exco Latihan dan Kemahiran.
3. Exco Multimedia Kreatif.
4. Exco Perhubungan.
5. Exco Rangkaian Kerjaya

Jika anda seorang yang komited dan berminat untuk menyumbang kembali kepada pelajar, masyarakat dan persatuan, kami mengalu-alukan keterlibatan anda di dalam exco-exco tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa pindaaan di dalam perlembagaan setelah Annual Grand Meeting berlansung. Antaranya adalah keahlian sepenggal (2 tahun) telah dimansuhkan dan digantikan dengan keahlian seumur hidup bersama yuran berharga RM50 sahaja.

Dengan keistimewaan menjadi ahli persatuan seperti mendapat diskaun bagi program berbayar dan peluang untuk menjadi ahli jawatankuasa program, saya menyeru para Alumni untuk mendaftar sebagai ahli persatuan. Mendaftar sebagai ahli juga merupakan salah satu daripada cara untuk anda menunjukkan sokongan terhadap persatuan.

Saya optimis dan yakin bahawa NGO Alumni KMPk mampu setanding dengan persatuan Alumni yang lain seperti MCOBA, persatuan Alumni MCKK, walaupun usia NGO Alumni KMPk baru sedekad. Impian ini hanya akan tercapai dengan sokongan berterusan daripada para Alumni dan pihak pengurusan kolej.
Sekian, terima kasih.

“Menuju Alumni Berprestij”

Abdullah Zahid Bin Shaharudin
Timbalan Presiden
NGO Alumni KMPk

No comments: