Social Icons

twitterfacebook

Sunday, June 14, 2015

Projek Ramadhan

Pendaftaran Peserta Projek Ramadhan: Alumni Pulang ke Maghfirah

PENDAHULUAN

'Projek Ramadhan' merupakan salah satu aktiviti untuk mengimarahkan bulan Ramadhan di KMPk. Para Alumni dan para pelajar semasa akan bersama-sama dalam aktiviti seperti Iftar Perdana dan Forum Ramadhan. Iftar Perdana dapat menjamin jalinan silaturrahim dan kerjasama antara Alumni dan para pelajar dapat dieratkan dan diperkukuhkan. Manakala Forum Ramadhan yang akan disampaikan oleh para Alumni pula adalah salah satu daripada cara untuk para Alumni terus memberi dan berkongsi input kepada para pelajar. 

Selain daripada itu, program ini juga memberi peluang kepada Para Alumni untuk pulang semula ke Kolej Matrikulasi Perak dan merasakan semula suasana berpuasa dan berbuka di kolej.

OBJEKTIF

Mengeratkan silaturrahim antara Alumni dan para pelajar semasa. Memberi ruang untuk Alumni berkongsi input berguna kepada para pelajar. Memperkenalkan persatuan NGO Alumni KMPk kepada para pelajar.

PERINCIAN AKTIVIITI PROGRAM

6.00 ptg: Penyediaan Iftar
7.30 malam: Iftar
8.30 malam: Solat Isya' dan Terawih
9.30 malam: Forum Ramadhan
10.30 malam: Moreh
4.00 pagi: Qiam
6.00 pagi: Solat Subuh
6.15 pagi: Kuliah Subuh

Para Alumni digalakkan untuk bersama-sama bantu semasa penyediaan juadah iftar. 

Slot Forum Ramadhan:

Moderator: Ainol Asri (Batch 12/14)
Panel 1: Abdullah Zahid (Batch 10/12)
Panel 2: Fadhlullah Al-Amin (Batch 11/12)
Kuliah Subuh akan disampaikan oleh Dai Izhar (batch 10/11)

Pembayaran

50 lelaki dan 50 perempuan terawal mendaftar akan disediakan tempat penginapan. Kuota pendaftaran ialah 150 orang. 

Pembayaran boleh dilakukan di atas nama MARZIAH BINTI MAHAIYUDDIN (CIMB: 7605758345) 
i)Pembayaran Ahli Persatuan Alumni: RM20
ii) Pembayaran bukan Ahli Persatuan alumni: RM30

Sila PM printscreen butiran transaksi/gambar resit deposit tersebut ke Whatsapp Marziah binti mahaiyuddin (019-4070 956) atau emelkan ke: marziah_dnt@yahoo.com

Jom daftar segera! Ajak rakan-rakan anda. ;)

Link borang pendaftaran: https://goo.gl/zEfnRb



TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 25 JUN 2015






No comments: