Social Icons

twitterfacebook

Monday, March 2, 2015

Tahniah!!

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam Perak aman jaya.

Hari ini pelajar semasa kolej-kolej matrikulasi di Malaysia telah mendapat keputusan Ujian Pertengahan Semester 2.   

Dikesempatan ini, MBA ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang bagi UPS 2 kali ini. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada adik-adik. Teruskan usaha adik-adik untuk peperiksaan akhir nanti. 

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang baik, jangan risau masih ada peluang untuk teruskan usaha pada PSPM II nanti. Berusahalah membaiki diri kerana kecekalan dan usaha merupakan asas pada kejayaan. Jadikan sahabat-sahabat yang cemerlang sebagai contoh untuk memajukan diri. Jadikan juga kegagalan kali ini sebagai batu loncatan untuk  lebih berjaya pada masa depan. Ingat! jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

:)

Semoga adik-adik semua lebih berjaya pada masa akan datang. MBA doakan adik-adik akan mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dunia & akhirat. إن شاء الله 

"Menuju Alumni Berprestij"

No comments: