Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari, hari mulia penuh barakah. ☺
Tiada kata-kata hikmah yang indah ingin dikongsikan pada penghulu segala hari ini, melainkan bicara tentang kelebihan-kelebihan hari Jumaat.
Hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Antara sunnah-sunnah Rasullulah SAW yang boleh diamalkan pada hari Jumaat:
- Perbanyakkan selawat ke atas Rasullulah SAW.
- Mandi & membersihkan diri bagi yang mahu menunaikan solat Jumaat.
- Datang awal ke masjid.
- Memotong kuku.
- Mencabut bulu ketiak, menggunting misai & mencukur bulu ari-ari.
- Memakai wangi-wangian.
- Memakai pakaian yang bersih & cantik (digalakkan warna putih).
- Memperbanyakkan doa.
- Memperbanyakkan amalan kebaikan seperti bersedekah.
- Membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat & siangnya.
Marilah kita rebut peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Basahkan lidah dengan ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, serta mengamalkan sunnah-sunnah Baginda. ☺
اللهم صل على النبي الهاشمي
سيدنا محمد و على آله و صحبه
و سلم تسليما
No comments:
Post a Comment