Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,
Salam keamanan satu Malaysia,
Reunion si Pemburu Ilmu :)
Hasil tangan insan yang turut sama dalam program ini, moga sedikit sebanyak memberi gambaran pada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. InsyaAllah.
Daripada Abu Hurairah R.A. dan Abu Sa'id R.A., kedua-duanya berkata :
"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidak duduk satu kaum mengingati Allah, melainkan mereka dilingkungi para malaikat dan dilimpahi rahmat. Dan ketenangan turun mencurah-curah ke atas mereka, Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di sisi-Nya ( para malaikat )." ( HR Muslim )
Memanfaatkan cuti semester yang lalu, atas inisiatif sahabat-sahabat seperjuangan, berlangsunglah satu program ilmu iaitu 'Reunion Pemburu Ilmu' yang dijalankan di Homestay Masjid Sg. Rokam, Gopeng. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2013. Setelah hampir 2 bulan membuat persiapan, akhirnya kami pasukan ahli jawatankuasa program berjaya melaksanakan impian semua sahabat, yeayyy!
Hari pertama dimulakan dengan kedatangan sahabat sahabat dari pelusuk Perak. (Ate nyer ramai yang datang kebanyakkan orang Perak). Kelihatan wajah-wajah yang gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak jumpa. Semuanya berehat dan meluangkan masa bersama sama di dalam bilik yang ditempah. Selepas solat Isyak berjemaah, Abdullah Zahid Shaharudin mengambil tempat selaku pengarah program, memberikan ucapan alu-aluan buat semua sahabat. Sebelum memulakan aktiviti malam itu, kami memberi ruang kepada Nasa’i selaku AJK disiplin, memberi taklimat disiplin dan perjalanan program selama 3 hari ini.
Antara perkara yang harus setiap sahabat lakukan adalah :
- semua aktiviti harus berjemaah.
- suapan untuk sahabat. (ketika makan)
- selawat 500x harus dihabiskan sebelum program tamat pada hari ketiga.
- bersedia untuk ditabiyyah.
Memulakan hari kedua dengan berqiamulail secara berjemaah. Walaupun program tamat agak lewat pada malam sebelum itu, kelihatan semua sahabat sangat bersemangat dan bertenaga untuk bertemujanji dengan Khaliq yang satu. Seronok dan terasa manisnya ukhwah apabila sahabat tolong kejutkan sahabat yang lain sehingga ada yang ‘marah’ kerana tidak dikejut.
Selepas habis solat
subuh berjemaah, kami mengambil peluang untuk mendengar kuliah subuh
yang disampaikan oleh mufti Perak. Rasanya sangat bertuah kerana dapat
berada dalam majlis ilmu dan tepat masanya ia diadakan ketika kami
mengadakan program di situ. Pengisian yang sangat mantap sehingga tidak
sedar masanya untuk kami gerak untuk beriadah. Namun, sekali lagi kami
langkah kanan kerana kami dijemput untuk menjamu sarapan pagi bersama
kariah masjid. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra
bersama penduduk sekitar yang hadir.
Program diteruskan dengan
riadah pagi. Muslimat mengambil tempat di padang sekolah rendah yang
terletak di sebelah masjid manakala muslimin berada di court futsal yang
terletak tidak berapa jauh dari masjid. Muslimin memanfaatkan riadah
pagi mereka untuk bermain futsal bersama manakala muslimin memanfaatkan
riadah pagi dengan amali pertahanan diri yang dikendalikan oleh 2 orang
sahabat iaitu Anis Amirah Amalina dan Hafizah. Matlamat aktiviti riadah
ini dijalankan bukan sekadar mengisi masa yang luang malah bertujuan
untuk mengeratkan ukhwah antara kami dan membina satu semangat
persaudaraan.
Program dengan solat dhuha berjemaah dan seterusnya
mendengar kuliah dhuha oleh Ustaz Zubaidi, tenaga pendidik di KMPk.
Secara kebetulan, di masjid Sg. Rokam turut diadakan satu majlis
pernikahan salah seorang penduduk di situ. Untuk tidak mengganggu
perjalanan program, sesi kuliah diteruskan di ruang tamu bilik yang
disewa. Tempat yang sempit tidak mematahkan semangat para sahabat untuk
meneruskan misi memburu ilmu. Pengisian kuliah disambung oleh Ustaz
Hafeez Sabri iaitu salah seorang pendakwah muda. Pengisian pada pagi itu
sangat memberansangkan semangat juang kami terus mara dalam menuntut
ilmu malah untuk tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah di
muka bumi ini.
Usai solat zuhur berjemaah, para sahabat dikumpulkan untuk mendengar taklimat mengenai perjalanan aktiviti 'street dakwah' selepas itu. Aktiviti ini telah dicadangkan oleh sahabat, Nur Nadirah bagi memberi peluang kepada para sahabat yang lain untuk merasai pengalaman turun berdakwah di lapangan. Hampir kesemua sahabat merasai pengalaman ini untuk pertama kali dan ia disambut baik oleh mereka. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan memberi mereka peluang untuk praktikalkan apa yang telah dipelajari pada kuliah dhuha pada pagi itu.
Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan
diwakili oleh 5 orang muslimat dan 4 orang muslimin. Bergerak secara
berkumpulan menuju ke lapangan masing-masing. Aktiviti ditamatkan pada
pukul 4.30 petang dan bergerak pulang ke masjid bersama-sama.
Rata-ratanya kelihatan muka kepenatan namun tetap mengukir senyuman dan
gelak tawa kerana gembira dapat bersama sahabat-sahabat. Sesudahnya
sampai di masjid, kami terus bersiap untuk solat asar berjemaah.
Langsainya kewajipan solat asar, para sahabat diarahkan untuk berkumpul di perkarangan masjid. Jawatankuasa program yang diketuai oleh Nasa’i telah mengarahkan semua sahabat untuk mengambil beg pakaian masing-masing untuk berpindah tempat penginapan. Aktiviti ini adalah salah satu gimik program di mana matlamatnya untuk memberi penghayatan kepada semua sahabat tentang hijrah Rasulullah s.a.w.
Semua sahabat telah diarahkan
untuk merangka satu pasukan tentera yang lengkap dengan kedudukan dan
strategi peperangan. Bersama beg pakaian, mereka telah dibawa berjalan
kaki ke satu tempat yang tidak jauh dari masjid. Di sana mereka telah
diberi satu kain putih untuk cipta 'panji-panji' pasukan mereka dan
dipacakkan di situ. Ketika sedang membaca mathurat , 'panji-panji'
tersebut telah dirampas oleh kami iaitu ahli jawatankuasa yang merangkap
sebagai tentera musuh dan dibawa ke tempat lain.
Di sini, para
sahabat di minta merampas kembali 'panji-panji' tersebut tanpa menyerang
tentera musuh kerana mereka hanya dibolehkan membuat perisai sebagai
pertahanan daripada serangan tentera musuh. Waktu yang ditunggu oleh
tentera musuh pun tiba bilamana kami melihat satu pasukan yang
berselimutkan kain pelikat dan tudung (yang diikat bersama) datang.
Menggunakan strategi serangan 3:3:2, tentera musuh menyerang pasukan 'kain pelikat dan tudung' dengan rancaknya. Sahabat muslimin menjadi
‘target’ utama kami kerana menyangka apabila tumbangnya tentera muslimin
maka pasukan tentera tersebut akan kalah. Sangkaan itu meleset kerana
rupa-rupanya tentera muslimat mereka bukanlah calang-calang. Setelah
berlaku pertempuran sengit , 'panji-panji' tersebut berjaya dirampas
kembali oleh mereka. Setelah pertempuran tamat, Nasa’i mengambil tempat
di hadapan untuk memberikan ibrah dari aktiviti ini. Kami pulang
dengan perasaan yang riang walaupun keletihan.
Aktiviti disambung
semula selepas habis solat isyak berjemaah. Aktiviti dikendalikan oleh
saudara Shahril dan Mukhriz. Antara aktiviti pada malam itu adalah sesi kenal
berkenalan dan diteruskan dengan pembahagian kumpulan. Setiap kumpulan
yang telah dibahagikan, diberi senaskah surat khabar, sekeping kertas
mahjung dan satu gulung pita untuk membina satu jambatan yang kukuh dan
kreatif. Bermacam-macam rupa dan nama jambatan yang diberikan. Semuanya
mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Hari terakhir
program dimulakan dengan qiamulail dan seterusnya solat subuh berjemaah
serta kuliah subuh. Kuliah dhuha pagi itu disampaikan oleh Ustaz Ahmad,
tenaga pengajar di KMPk. Sekali lagi pesanan dan sokongan semangat
diberikan oleh Ustaz mengiringi perpisahan kami pada hari itu. Pujian
dan ucapan syabas diberikan kepada jawatankuasa pelaksana program kerana
mampu mengadakan satu program yang bermanfaat dan penuh pengisian. Cuti
semester tidak dihabiskan dengan sia-sia dan berharap program seperti
ini dapat dijalankan lagi selepas ini.
Tamat kuliah, sesi bergambar
bersama ustaz dijalankan. Selepas solat dhuha berjemaah, kami memulakan
majlis penutupan dengan tayangan video. Setelah itu, sesi perkongsian
pengalaman dan harapan yang menyusul selepas mengikuti program ini oleh
setiap sahabat. Kesemuanya mengucapkan syukur kerana diberi peluang
menghadiri program seperti ini. Tak kurang juga ada nada-nada sebak
kerana harus berpisah selepas ini. Salam ukhwah dan cinta disampaikan
dan berharap agar dapat bertemu lagi selepas ini.
Moga-moga apa yang kami dapat dan semangat yang disuntik oleh para asatizah mampu membawa dan menjadikan kami pemuda pemuda yang memberi manfaat pada agama dan negara. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. InsyaAllah jumpa di pertemuan yang lain.
Terima kasih kepada penyumbang pengalaman dalam bentuk penulisan perihal program ini. Terima kasih banyak-banyak. Untuk bacaan tambahan dari segi pengalaman, boleh lawati blog Alumni Muslimat dan Alumni Muslimin yang mengikuti program ini. Awesome kan? InsyaAllah moga bermanfaat.
Apa ada dengan esok?
GET TO KNOW 2013 akan berlangsung :)
InsyaAllah moga dapat memberi manfaat kepada adik-adik kita di sana.
Ikuti update program di blog dan facebook :)
InsyaAllah.
Salam keamanan satu Malaysia,
Reunion si Pemburu Ilmu :)
Hasil tangan insan yang turut sama dalam program ini, moga sedikit sebanyak memberi gambaran pada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini. InsyaAllah.
Daripada Abu Hurairah R.A. dan Abu Sa'id R.A., kedua-duanya berkata :
"Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Tidak duduk satu kaum mengingati Allah, melainkan mereka dilingkungi para malaikat dan dilimpahi rahmat. Dan ketenangan turun mencurah-curah ke atas mereka, Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di sisi-Nya ( para malaikat )." ( HR Muslim )
Memanfaatkan cuti semester yang lalu, atas inisiatif sahabat-sahabat seperjuangan, berlangsunglah satu program ilmu iaitu 'Reunion Pemburu Ilmu' yang dijalankan di Homestay Masjid Sg. Rokam, Gopeng. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 1 Februari sehingga 3 Februari 2013. Setelah hampir 2 bulan membuat persiapan, akhirnya kami pasukan ahli jawatankuasa program berjaya melaksanakan impian semua sahabat, yeayyy!
Hari pertama dimulakan dengan kedatangan sahabat sahabat dari pelusuk Perak. (Ate nyer ramai yang datang kebanyakkan orang Perak). Kelihatan wajah-wajah yang gembira kerana dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak jumpa. Semuanya berehat dan meluangkan masa bersama sama di dalam bilik yang ditempah. Selepas solat Isyak berjemaah, Abdullah Zahid Shaharudin mengambil tempat selaku pengarah program, memberikan ucapan alu-aluan buat semua sahabat. Sebelum memulakan aktiviti malam itu, kami memberi ruang kepada Nasa’i selaku AJK disiplin, memberi taklimat disiplin dan perjalanan program selama 3 hari ini.
Antara perkara yang harus setiap sahabat lakukan adalah :
- semua aktiviti harus berjemaah.
- suapan untuk sahabat. (ketika makan)
- selawat 500x harus dihabiskan sebelum program tamat pada hari ketiga.
- bersedia untuk ditabiyyah.
Memulakan hari kedua dengan berqiamulail secara berjemaah. Walaupun program tamat agak lewat pada malam sebelum itu, kelihatan semua sahabat sangat bersemangat dan bertenaga untuk bertemujanji dengan Khaliq yang satu. Seronok dan terasa manisnya ukhwah apabila sahabat tolong kejutkan sahabat yang lain sehingga ada yang ‘marah’ kerana tidak dikejut.
Kuliah subuh :) |
Riadah bersama :) |
Kuliah dhuha :) |
Usai solat zuhur berjemaah, para sahabat dikumpulkan untuk mendengar taklimat mengenai perjalanan aktiviti 'street dakwah' selepas itu. Aktiviti ini telah dicadangkan oleh sahabat, Nur Nadirah bagi memberi peluang kepada para sahabat yang lain untuk merasai pengalaman turun berdakwah di lapangan. Hampir kesemua sahabat merasai pengalaman ini untuk pertama kali dan ia disambut baik oleh mereka. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan memberi mereka peluang untuk praktikalkan apa yang telah dipelajari pada kuliah dhuha pada pagi itu.
Street dakwah :) |
Langsainya kewajipan solat asar, para sahabat diarahkan untuk berkumpul di perkarangan masjid. Jawatankuasa program yang diketuai oleh Nasa’i telah mengarahkan semua sahabat untuk mengambil beg pakaian masing-masing untuk berpindah tempat penginapan. Aktiviti ini adalah salah satu gimik program di mana matlamatnya untuk memberi penghayatan kepada semua sahabat tentang hijrah Rasulullah s.a.w.
Perang reunion! Ready...go! |
Luruskan barisan..perang! |
Ukhwwah sepanjang hayat :) |
Makan atas talam..nyum2 :) |
LDK :) |
Qasidah :) |
Moga-moga apa yang kami dapat dan semangat yang disuntik oleh para asatizah mampu membawa dan menjadikan kami pemuda pemuda yang memberi manfaat pada agama dan negara. Bertemu tidak jemu berpisah tidak gelisah. InsyaAllah jumpa di pertemuan yang lain.
Terima kasih kepada penyumbang pengalaman dalam bentuk penulisan perihal program ini. Terima kasih banyak-banyak. Untuk bacaan tambahan dari segi pengalaman, boleh lawati blog Alumni Muslimat dan Alumni Muslimin yang mengikuti program ini. Awesome kan? InsyaAllah moga bermanfaat.
Apa ada dengan esok?
GET TO KNOW 2013 akan berlangsung :)
InsyaAllah moga dapat memberi manfaat kepada adik-adik kita di sana.
Ikuti update program di blog dan facebook :)
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment