Assalamualaikum & Salam sayang diucapkan kepada anda semua..Bertemu kembali kita dalam pengembaraan kisah di MPPB 2011/2012..Pada kali ini, penulis akan menyambung kisah yang berbaki lagi 3 hari sahaja..Azam penulis untuk menghabiskan kesemua kisah pada hari yang berbahagia ini..Jom kita mulakan!
Hari Keempat (Khamis, 26.05.2011) ( 22 Jamadil Akhir 1432 H)
8.30 pagi-10.00 pagi (AKTIVITI 4~Pengurusan Masa & Kewangan Bersama Mentor)
Selesai bersarapan pagi, para pelajar menuju ke destinasi KMM masing-masing..Ada yang bersemangat, tidak kurang juga ada yang masih mengantuk..Biasalah kan..Minggu orientasi bertujuan untuk melatih para pelajar agar membiasakan diri dengan kehidupan selepas ini yang memerlukan mereka supaya lebih proaktif..
Pada pagi ini, mentor bersemangat untuk berkongsi dengan mentee masing-masing tentang cara yang efektif untuk menguruskan masa di matrikulasi..Almaklumlah, dengan tekanan masa yang cukup padat, ditambah pula dengan pelbagai silibus yang mahu dihabiskan dalam masa yang singkat, para pelajar perlu bijak dalam membahagikan masa..Sistem quadran masa yang popular diperkenalkan kepada para pelajar. Manfaatkanlah system quadran masa ini adik-adik agar kalian tahu untuk membezakan perkara yang perlu disegerakan dengan perkara yang tidak penting..
Selepas itu, mentor turut mengajar para pelajar untuk menguruskan kewangan dengan berhemah..Memandangkan elaun yang diberikan kepada para pelajar hanya cukup untuk keperluan, jadi para pelajar perlu tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan cemerlang agar tidaklah perlu menyusahkan ibu bapa di kemudian hari..Kan nak jadi seorang yang berdikari? Jadi, apa kata adik-adik gunakan peluang ini dengan sebaiknya..Jangan terlalu mengikutkan hawa nafsu yang ingin menghabiskan wang ke arah yang tidak berfaedah..Sebagai contoh, ‘topup’ untuk ‘buayafriend’ & ‘gelifriend’, shopping bagai nak rak seolah-olah esok nak raya, beli handphone setiap bulan (konon nak ikut peredaran zaman) & sebagainya..Apa yang tak perlu, tak usahlah beli ya adik-adik..(^_^)
10.30 pagi-12.30 tgh (INTERAKSI 6~Taklimat Perpustakaan & Ujian Setara/Ujian VAK)
Seperti biasa, selepas meregangkan otot-otot kaki dengan berjalan ke DSK , taklimat seterusnya dimulakan. Taklimat disampaikan oleh ketua perpustakaan yang bertujuan untuk memaklumkan kepada para pelajar mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di perpustakaan KMPk..Sebagai contoh, cyber remaja, system wi fi, ruang bacaan yang luas, bahan-bahan rujukan yang pelbagai & bilik perbincangan yang dilengkapi dengan penghawa dingin..Best kan??
Di samping itu, ketua perpustakaan juga tidak lupa untuk mengingatkan para pelajar tentang peraturan-peraturan yang perlu sentiasa dipatuhi sepanjang menjejakkan kaki ke perpustakaan seperti pemulangan & peminjaman buku, etika berpakaian & adab-adab ketika berada dalam perpustakaan..Yang masih penulis ingat sampai ke hari ini ialah, dilarang memakai selipar untuk memasuki perpustakaan..Sebabnya, penulis diminta pulang untuk menukar selipar ketika mula-mula memasuki perpustakaan..Hehe..(^_^)
2.00 ptg-4.00 ptg (AKTIVITI 5~Kemahiran Belajar & Berkumpulan Bersama Mentor)
Usai menunaikan solat zohor & mengisi perut, aktiviti petang hari diteruskan lagi dengan sesi bersama mentor. Berdasarkan tinjauan penulis, mentor lebih banyak memberikan peluang kepada para pelajar untuk bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan pembelajaran di matrikulasi..
Di samping itu, mentor turut menekankan tentang pentingnya untuk belajar secara berkumpulan di matrikulasi. Hal ini supaya para pelajar tidak merasa ‘stress’ dengan silibus-silibus yang banyak..Tips untuk belajar berkumpulan ialah jangan mempunyai terlalu ramai ahli kumpulan..Faham-faham saja lah..Kalau ramai sangat, nanti bukannya adik-adik nak study, bergosip saja kerjanya..Jadi, memadailah dengan 3-4 orang..Manfaatkan bilik tutor yang ada untuk belajar secara berkumpulan..Tetapi, AWAS!! Jangan cuba-cuba untuk berdating pula ya!! Adik-adik dating ke matrik kan nak belajar, kalau nak cari pasangan, tunggulah dulu..Tak lari gunung dikejar..(^_^) Sebab KMPk, bukanlah Kolej Mencari Pasangan Kekasih..=)
9.00 malam-11.00 malam (INTERAKSI 7~CERAMAH PERDANA-INTEGRITI REMAJA MENDEPANI CABARAN SEMASA)
Wah! Tajuk pun sudah seperti tajuk pidato kan..Hehe..Selepas isyak, program pada sesi malam yang terakhir diteruskan dengan kehadiran penceramah dari luar iaitu Ustaz Mohamad Shah Ramli yang merupalan Penyelia Sekolah Menengah di kawasan Perak..Penulis lupa pula sekolah mana..(^_^) Ceramah yang impresif diselangi dengan gelak tawa para pelajar dilihat berjaya menarik perhatian mereka..Tidak kurang juga mencuit hati para pensyarah dan para AJKO..Antara isi kandungan yang sempat disalin oleh penulis ialah, tips untuk menjadi insane yang mantap dari segi akhlak dan akademik, juga pengalaman-pengalan beliau dalam kehidupan untuk dijadikan iktibar dan pedoman pada generasi muda masa kini..
Hari keempat pun tamatlah sudah..Menyusul pula kisah hari yang kelima..Nantikan dalam masa tidak kurang dari setengah jam..(^_^) Jumpa lagi..
Sedikit foto-foto dari krew LENSA BERBISA..
Biodata Penceramah..
Aksi Penceramah..
Khusyuknya, ustaz..
Inilah wajah ustaz2 KMPk..
1 comment:
ustaz! rindu kolej
Post a Comment