Social Icons

twitterfacebook

Friday, August 13, 2010

Jejak Siswa

Perkara Satu

Terkini dari Kolej Matrikulasi Perak, kaunselor kita telah meminta bantuan alumni bagi menjejaki para pelajar sesi 2009/2010 yang lepas, kini tahun 1 di IPT untuk simpanan data.

Butir-butir yang diperlukan hanya NAMA PENUH, JURUSAN DI IPT dan NAMA IPT.

Bagi memudahkan kutipan data tersebut kami telah menyediakan satu borang online yang boleh di dapati di http://bit.ly/9IwuQv

Isikan borang tersebut dan seterusnya sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan anda yang pernah belajar di KMPk sepanjang sesi 2009/2010. Sebagai penegasan, kutipan data ini hanya untuk bekas pelajar sesi 2009/2010 sahaja.

Tarikh serahan data-data tersebut oleh pihak alumni kepada kaunselor kolej ialah pada 18 September 2010.


Perkara 2


Sepanjang bulan Ramadhan ini, akan berlangsungnya Bazar Juadah Berbuka bertempat di tempat parking kereta HEP.

Pihak kolej telah berbesar hati untuk mempelawa mana-mana alumni yang berada di sekitar Gopeng dan Ipoh untuk turut berniaga di bazar tersebut.

Mana-mana alumni yang berminat sila hubungi pihak kolej sebelum AHAD (15.8.2010) ini bagi urusan tapak gerai jualan. Sewa tapak hanya RM150!

Jika berminat cepat-cepat bertindak.


Perkara 3


Nantikan Karnival Kolej Matrikulasi Perak pada hujung November ini! yeay!

Sunday, June 20, 2010

Kem Induksi 24 Hours JPP

Salamun'alaik dan selamat sejahtera kepada semue warga KMPk. Alhamdulillah selesai la sudah Kem Induksi 24 Hours JPP yg telah berlangsung pada 12 hingga 13 Jun 2010 baru-baru ni dan Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) untuk pelajar program dua tahun (PDT) yang berlangsung dari 14 hingga 19 Jun baru-baru ni.

Satu minggu yg sangat menarik dan meriah. Tahniah diucapkan kepada semua AJKO yang terlibat yang bersama memeriah kan MPPB PDT kali ni dan terima kasih kepada pihak pentadbiran KMPk kerana masih memberi peluang kepada kami Alumni KMPk untuk turun berjumpa dengan adik-adik baru ni.

Ni ada sedikit gambar-gambar sepanjang program untuk tatapan umum :

KEM INDUKSI 24 HOURS JPP




MPPB PDT


dan ini adalah tayangan multimedia untuk hari penutup MPPB PDT, Enjoy~~ :

Saturday, May 29, 2010

Al-Fatihah

Takziah diucapkan untuk salah seorang daripada MT AlumniKMPk kita iaitu Siti Habesah atas pemergian ibundanya yang tercinta kelmarin.Moga rohnya ditempatkan dikalangan para solehah dan moga berada di bawah rahmat Allah insyaAllah.

Moga beliau sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian ni.Yakinlah bahawa setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah yang telah ditetapkanNya insyaAllah.