Social Icons

twitterfacebook

Thursday, June 2, 2011

Hari Kedua MPPB 2011/2012


Inilah Kak Mas =)

Assalamualaikum & Salam sejahtera! moga anda semua sihat-sihat sahaja..uhuk3..penulis sekarang tengah mengalami demam selsema..jadi, jika ada sebarang kekurangan dalam penulisan kali ini, sepuluh jari disusun mohon ampun & maaf ya..kita teruskan pengembaraan kisah di MPPB 2011/2012 dengan hari kedua & seterusnya..

Hari Kedua, Selasa (24.05.2011) (20 Jamadil akhir 1432H)

Dalam diari kehidupan pelajar KMPk, minggu orientasi pasti minggu yang tidak dapat dilupakan..Seawal jam 4.30 pagi, kedengaran siren dibunyikan tanda untuk meningatkan para pelajar baru untuk bangun mandi..!! Faham-faham saja la kan..Sesiapa yang bangun awal, tidak lah perlu bersusah-payah untuk beratur di bilik mandi kan..Tapi, penulis yakin, pasti ada yang tak sempat mandi kan3? hehe..kantoi sudah..sekali-sekala dimaafkan..=) Back to the story..Kelam kabut semua pelajar bangun dalam keadaan separa sedar..tepat jam 5.30 pagi, blok kediaman hendaklah dikosongkan dengan kadar segera..hendak ke mana ya? Bagi yang beragama Islam, sudah pastinya kaki dihayunkan ke Masjid Al-Maghfirah..Manakala, bagi non-muslim, destinasi yang berbeza dituju iaitu Dataran Akademik..selesai bersolat subuh & mendengar kuliah subuh, santapan rohani kala matahari masih malu menampakkan diri, para pelajar baru diberikan masa untuk bersarapan pagi..

8.30 pagi-10.00 pagi (Watikah Perlantikan Mentor)

Tepat jam 8.30 pagi, program yang pertama pada hari kedua akan dilangsungkan iaitu Watikah Perlantikan Mentor..Istimewanya pagi itu diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah KMPk, Tuan Hj Ismail Kalam..Perasmian Kempen 3 S iaitu Salam, Senyum & Sapa turut diadakan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara warga KMPk..Senyum tak perlu kata apa-apa..Watikah Perlantikan Mentor bertujuan untuk memperkenalkan barisan mentor kepada para pelajar baru kerana sepanjang pembelajaran mereka di KMPk, mentor ialah insan yang bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan & tunjuk ajar kepada mereka..Tambahan pula, para pelajar baru masih lagi tidak jelas tentang program Kumpulan Mentor Mentee (KMM) yang saban tahun diadakan..

10.30 pagi-12.30 tgh (Interaksi 2~Perkhidmatan kaunseling & Kerjaya)

Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Hj Shamsudin selaku ketua unit Kaunseling & Kerjaya..Tujuannya adalah untuk menerangkan dan memaklumkan kepada para pelajar tentang perkhidmatan kaunseling yg disediakan khas untuk merawat jiwa yang gundah gulana kala berhadapan dengan tekanan kehidupan di KMPk..Selalulah berjumpa dengan kaunselor ya adik2 ku!

2-00 ptg-4.00 ptg (Interaksi 3-Akademik & Peperiksaan bersama KJ)

Taklimat di dalam DSK yang serba sejuk ini disampaikan oleh Ketua Jabatan..Motifnya adalah untuk memberitahu kepada para pelajar tentang sistem pembelajaran di matrikulasi yang berbeza dengan alam persekolahan..Selain itu, KJ turut memaklumkan dengan lebih awal tarikh-tarikh peperiksaan penting agar para pelajar dapat bersedia dengan lebih awal..

5-00 ptg-7.00 ptg (Riadah)

Riadah!! Masa untuk memulihkan tenaga adik2 yang keletihan mendengar taklimat di DSK..kan3..? Para pelajar lelaki masih kekal berada di DSK melakukan senaman ringan bersama AJKO, manakala para pelajar perempuan dibawa berjalan-jalan menziarahi segenap pelosok KMPk yang serba indah di pandangan mata..Have a nice time!

9.00 mlm-11.00 mlm (Interaksi 3~Forum Bersama Alumni)

Semangat para alumni dapat dilihat begitu berkobar-kobar pada malam itu menyokong timbalan presiden Alumni KMPk, saudari Nur Mastura Mansor yang tampil menawarkan khidmat beliau selaku kaunselor serba boleh bagi berkongsi pengalaman & kisah kepada para pelajar baru..Para pelajar begitu tertarik dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Kak Mas sehinggakan tidak ada yang tertidur..Iya la kan? Dengar sahaja suara Kak Mas, tak jadi nak melayani mimpi kan..BOLEH ATAU TIDAK?? "BOLEH!!" Itulah yang kerap kali dilaungkan oleh para pelajar bagi membuktikan semangat dan azam baru yang mereka miliki.."KAMI NAK 4 FLAT"..Harapan para alumni agar adik2 tidak hanyut dan leka ya sepanjang kehidupan di KMPk agar impian adik2 nak dapat 4 Flat tercapai..InsyaAllah..

Nampaknya penulis perlu menikmati kepahitan ubat terlebih dahulu bagi menghalau bakteria-bakteria yang membiak di hidung..hehe..agar kisah di hari ketiga dan seterusnya dapat disambung dengan jayanya..harap maaf sekali lagi jika ada kekurangan pada penulisan kali ini..

Pesanan dari krew LENSA BERBISA, nantikan video yang diminati ramai kurang beberapa jam dari sekarang!!



Tuesday, May 31, 2011

Hari Pertama MPPB 2011/2012

Assalamualaikum & Salam sejuta rasa! Nampaknya ramai peminat di luar sana yang tidak sabar untuk mengikuti serta menjelajahi kisah di sebalik Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2011/2012..Makin ramai pula yang tak sabar menyaksikan santapan video hari terakhir MPPB 2011/2012..Harap maaf..bukan niat untuk melewatkan proses "upload" video yang diminati ramai itu, tapi salah seorang KREW LENSA BERBISA meminta izin untuk 'touch up" buat seketika bagi memastikan kepuasan yang maksima..Harap bersabar lah YAA YAA!! Sedikit masa sahaja lagi..kurang dari satu purnama, saya akan sebarkan video itu di laman sesawang ini dan juga di muka buku tercinta..Okay..Back to the story..

Alkisahnya, tanggal 23 MEI 2011, bersamaan hari Isnin, 19 Jamadil akhir 1432 H, langsir dikuak membiaskan cahaya mentari menembus liang roma kulit..tandanya apa? tanda hari dah siang..detik yang ditunggu oleh warga KMPk telah pun tiba..hari di mana "car park" a.k.a padang KMPk akan penuh secara automatik..hari di mana jualan barang-barang di Kedai Siswa akan laris bagai pisang goreng..hari di mana suasana sekitar blok kediaman menjadi gamat seolah-0lah konsert Maher Zain sedang berlangsung..dan hari di mana episod drama kan terlihat saat para ibu bapa pulang meninggalkan anak-anak mereka dengan seribu harapan..

Langkah demi langkah dihayun bagi meninjau suasana sambil menjalankan tugas sebagai AJKO..Untuk pengetahuan kalian, pada sesi kali ini, pendaftaran pelajar Program Satu Tahun (PST) & Program Dua Tahun (PDT) telah dijalankan secara serentak pada satu hari..jadi bayangkanlah betapa meriahnya suasana KMPk pada hari tersebut..dari pintu gerbang KMPk sehinggalah ke kafe-kafe, semuanya dipenuhi manusia..Selepas kereta diparkirkan di padang KMPk, ibu bapa membawa anak masing-masing yang merupakan pelajar baru untuk mendaftar..bezanya kali ini, pendaftaran dibuat di Makmal Komputer..Tujuannya adalah untuk memudahkan para pensyarah mengesahkan dokumen-dokumen pendaftaran dan pengambilan foto pelajar untuk kad matrik..Di sini, dapat dilihat pelbagai riak muka yang dipamerkan..ada yang masih "blur", ada yang tersenyum berseorangan dan ramai juga yang takut-takut untuk melemparkan senyuman..Senyumlah adik..tak perlu kata apa-apa kan..YAA YAA..! Para AJKO menjadi penyambut tetamu di luar pintu makmal komputer, manakala para pensyarah yang bertugas sudah lama bersedia bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftaran pelajar..

Selesai sahaja pendaftaran di Makmal Komputer, para pelajar dikehendaki untuk mendaftar di blok kediaman masing-masing..Bagi para pelajar lelaki, sudah semestinya di Seri Ipoh & Seri Iskandar..jangan ada yang tersilap ke asrama perempuan tau..malu setahun nanti..=) Manakala, bagi para pelajar perempuan, blok kediaman Seri Teja, Seri Intan & Seri Kerian, sudah lama tersergam indah menanti kehadiran anda..Pelajar-pelajar yang telah mendaftar di asrama masing-masing akan diberikan satu set cenderahati yang terdapat 2 helai baju berwarna hijau & kuning dilengkapi beg ala-ala beg TESCO..Dalam beg berkenaan, terdapat tali leher KMPk bagi lelaki dan sehelai selendang labuh bagi perempuan..Untung kan mereka? Hargailah ya adik-adik..! Tidak lupa juga, kunci bilik turut diamanahkan kepada para pelajar.." Jaga elok-elok kunci bilik ni..nak mandi pun kena bawa tau"..kata salah seorang AJKO..

Seperti biasa, taklimat waris diadakan di Dewan Seri Kinta (DSK) bagi para ibu bapa bagi menjelaskan sistem pembelajaran di matrikulasi yang sedikit berbeza dengan alam persekolahan..Hal yang paling istimewa ialah Pengarah KMPk, Tuan Hj Ismail bin Kalam turut turun padang bagi memberikan azimat serta hasrat beliau kepada para ibu bapa..Taklimat waris diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada sebelah pagi, jam 10 pagi serta jam 3 petang bagi sesi petang..Terima kasih diucapkan pada para ibu bapa yang prihatin!

Episod drama air mata bermula jam 4 petang..kelihatan rembesan air mata tidak henti-henti membasahi wajah para pelajar yang baru mendaftar..Ada dua tafsiran yang sempat penulis fikirkan..Pertama, mungkin ada yang sedih kerana inilah pertama kali berpisah dari ibu bapa dan keluarga yang tercinta..sebak menjadi anak perantauan yang berkelana di bumi Perak ini..nasihat penulis, sabarlah kerana anda akan merasa teruja kala menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan nanti..tambahan pula, apabila mendengar lagu "Balik Kampung" yang tidak henti-henti mebingitkan telinga anda beberapa bulan akan datang..percayalah..kerana saya telah merasainya..=) Tafsiran yang kedua, mungkin ada pelajar yang terharu kerana saat inilah kebebasan yang mutlak akan dirasai..jeng3.."Aku merdeka"..monolog segelintir pelajar di dalam hati..jaga2 ya..hehe..

Jam 5 petang, padang KMPk mulai lengang..hanya ada segelintir ibu bapa yang masih tidak betah meninggalkan anak mereka..Sabar ya pakcik & makcik..InsyaAllah, anak pakcik & makcik akan belajar sesuatu yang berharga di sini tentang erti kehidupan..Program pertama sempena MPPB 2011/2012 akan berlangsung di DSK..Seperti biasa, DSK akan dipenuhi dan dihimpit bagai sardin dalam tin..walaupun terhimpit dalam tin, rasanya tetap sedap sehingga menjilat jari..begitu jugalah dengan DSK..walaupun udaranya PANAS, ruangnya TERHAD sehinggakan graf kelenguhan badan mendadak dengan maksima, tapi INGATLAH!! DSK akan menjadi tempat yang paling nostalgia sepanjang MPPB.."Adik-adik yang tersayang, sila penuhkan barisan hadapan..", kedengaran suara Abg Kamal selaku penolong ketua AJKO sesi MPPB 2011/2012 kali ini..Dialog yang sama saban tahun kedengaran lagi..Sesi suai kenal dikendalikan dengan menarik bagi menarik perhatian pelajar-pelajar baru..Hasilnya, gelak tawa yang kedengaran berjaya merungkaikan sedikit hati adik-adik baru yang lara dek perpisahan sebentar bersama keluarga masing-masing...

Pada sebelah malamnya, Interaksi 1-Taklimat Pengetua Kolej Kediaman disampaikan oleh Puan Roshidah di DSK kepada pelajar-pelajar baru bagi mengalu-alukan kedatangan mereka sekaligus menerangkan serba sedikit berkenaan kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej kediaman..Taklimat selama 2 jam ini berakhir tepat jam 11 malam bagi mebolehkan para pelajar untuk merehatkan jiwa dan fizikal setelah penat lelah sepanjang hari mengangkut barang-barang dan menjalani proses pendaftaran..Maklumlah..KMPk kan besar..! =)

Fakta yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan KMPk, pada sesi 2011/2012, pendaftaran pelajar-pelajar baru adalah lebih kurang 1900 orang. Tahniah diucapkan kepada mereka yang memilih KMPk sebagai satu alternatif selepas alam persekolahan sebelum menjejakkan kaki ke menara gading..percayalah..KMPk akan menjadi memori indah dan kan terus bersemadi dalam sanubari adik-adik walaupun telah beranak cucu nanti..Tak percaya? Tanyalah abang-abang & kakak-kakak anda yang telah menjadi Alumni KMPk..

Tepat jam 11 malam, jari mula meronta-ronta minta dikasihani untuk berehat buat seketika..Alhamdulillah..Syukur rasa hati ini kerana berjaya juga mencoretkan sepatah dua kata pada hari pertama MPPB 2011/2012 ( Sepatah ke??) Nantikan kisah di hari kedua ESOK ya!!

Pesanan penaja, "Segarkan mata sebelum MEMBACA"..Di bawah ini disertakan aksi-aksi yang berjaya dirakamkan sepanjang hari pertama..Kredit to krew LENSA BERBISA..!


Suasana di blok kediaman perempuan..Aik? Ustaz Saidi pun ada..=)

Sebenarnya ada banyak lagi gambar untuk menghiasi blog kali ini, tapi letih tangan meng"klik" untuk "upload" gambar, tetapi hasilnya tetap mengecewakan..nampaknya hanya satu gambar yang berjaya menjadi santapan mata anda..harap maaf..jika esok blog ini telah kembali pulih, variasi gambar akan kembali menghiasi ruangan ini..jika nak juga tatap gambar-gambar semasa MPPB 2011/2012, silalah lawat mukabuku a.k.a FACEBOOK AlumniKmpk Rasmi YAA YAA!! Jumpa lagi!



Monday, May 30, 2011

K.A.M.I L.E.N.S.A B.E.R.B.I.S.A


Lelaki, dari kanan: Shah, Haziq, Emir, Aween, Chem
Perempuan, dari kanan: Suhaila, Wahidah

Assalamualaikum & Salam sayang bersulamkan rindu..Sebelum mata pena maya dilakarkan pada laman laptop usang ini untuk menceritakan perjalanan hari-hari sepanjang MPPB 2011/2012, adalah lebih molek, saya selaku salah seorang penulis setia blog ini memperkenalkan barisan-barisan krew yang bertanggungjawab untuk merakamkan coretan kenangan pahit manis MPPB 2011/2012 agar sentiasa mekar di ingatan warga KMPk..

Menggelarkan diri mereka L.E.N.S.A B.E.R.B.I.S.A..sebisa namanya, itulah mereka..7 orang sahabat yang berbeza usia, jantina, dan perangai bersua di KMPk mencipta sejuta rasa..ada yang saling mengenali, ada yang tidak pernah bersua muka..hanya mengenali sebaris nama..namun, ukhwah yang dibina persis sudah lama bersama..

Pada yang turut sama-sama menjadi AJKO MPPB 2011/2012 pasti mengenali mereka..Pada adik-adik yang baru mendaftar, pasti anda juga mengenali mereka..kerana kelibat mereka ada di mana-mana..selalu mengintai dari tirai kamar MPPB 2011/2012..mewarnai suka duka kehidupan anda mengharungi detik-detik indah & kecewa minggu orientasi..Mari kita berkenalan dengan mereka..

1) EMIR
Ketua Krew LENSA BERBISA..
Batch 2009/2011..
“Hero Hindustan”

2) HAZIQ KUN
Otai Krew LENSA BERBISA..
Batch 2008/2009
“Ustaz Fazilah Kam To You”

3) SHAH @ SHASHA
Otai Krew LENSA BERBISA..
Batch 2008/2009
“Mata ala-ala orang Jepun”

4) AWEEN
Otai krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2011
“Misteri di sebalik dirinya”

5) CHEM
Otai Krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2011
“Riak muka yang flexible”

6) WAHIDAH
Bunga Krew LENSA BERBISA
Batch 2007/2008
“Kecil-kecil cili Melaka”

7) SUHAILA
Bunga krew LENSA BERBISA
Batch 2009/2010
“Dr. Cinta”

Jika nak berkenalan dengan lebih lanjut,carilah mereka..pesanan krew LENSA BERBISA, jangan biarkan hidup anda diselubungi KAMERA..!