Social Icons

twitterfacebook

Thursday, August 30, 2012

Merdeka!


SALAM KEMERDEKAAN ke 55 buat ALUMNI jauh dan dekat!
Alhamdulillah 55 tahun.

Setinggi-tinggi keyukuran kepada Pencipta, atas anugerah yang tidak ternilai ini iaitu keamanan yang bukan semua penduduk dunia dapat rasainya. Bukan semua penduduk dunia mampu tersenyum di kala ini. Ada yang dikala ini menangis derita, ada juga yang bersemangat mempertahankan tanah air mereka. Kita?

Ayuh refleksi diri, apa itu erti kemerdekaan?

Apa erti kemerdekaan andai minda masih belum merdeka?
Masalah sosial di sana sini. Harga diri dicampak sesuka hati.

Apa erti kemerdekaan andai kita masih terus leka?
Apa erti kemerdekaan andai hiburan terus bermaharajalela?


Muhasabah diri,
Betul kah kita sudah merdeka, sedangkan fikiran masih dijajah?

Wahai warga Alumni yang disayangi,
Merdekakanlah jiwa, fikiran kita.
Jangan lupa, keamanan bukan untuk diperdagangkan tetapi dipertahankan.

JOM MERDEKAKAN DIRI KITA!

Wassalam.

No comments: