Social Icons

twitterfacebook

Friday, January 29, 2016

Apresiasi Alumni KMPk 1


Para panel dan moderator untuk Forum Ramadhan program Projek Ramadhan di Masjid Al-Maghfirah, KMPk. Para panel dan moderator terdiri daripada para Alumni daripada sesi berbeza.

Program ini khas untuk para pelajar KMPk sempena sambutan bulan Ramadhan dan turut mengambil peluang untuk pulang semula ke KMPk semasa program adalah para Alumni.

Kepada para pelajar dan para Alumni yang memeriahkan program, ribuan terima kasih diucapkan. Semoga sokongan ini berpanjangan untuk program-program di masa hadapan. :)

 
Program Let's Camp 3.0 yang diadakan di Kem Murni Sungai Jahang, Gopeng pada bulan Ogos tahun lalu.

Let's Camp 3.0 telah tampil dengan aktiviti seperti 'caving' dan 'water tubing' selain berkhemah. Disebelah malam pula seperti biasa diadakan BBQ dan sesi perkongsian sesama peserta.

Para peserta ternyata berpuas hati dengan aktiviti dan pengisian program. Terima kasih kerana sudi turut serta! InsyaAllah jumpa di program lain pula. :)
 
 
Ini semasa perjumpaan Majlis Tertinggi Alumni KMPk bersama Tuan Haji Shamsuddin yang ketika itu merupakan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Perjumpaan diadakan adalah untuk memperkenalkan para MT yang baru dilantik ketika itu disamping memperjelaskan hala tuju persatuan yang semestinya akan membawa impak terhadap kolej dan para pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji atas kesudian untuk bersua muka dengan kami ketika itu dan terima kasih juga atas sokongan yang berterusan.

Nota: Tuan Haji Shamsuddin telah pun bersara pada tahun lepas. Kami di Alumni KMPk mendoakan yang terbaik buat Tuan Haji.:)
 

Gambar semasa program Projek Ramadhan - Alumni Pulang ke Maghfirah yang diadakan bulan Ramadhan lalu.

Ini merupakan program berbentuk kerohanian yang pertama kali dianjurkan oleh persatuan dan ianya berjalan dengan lancar.

Pengisian program iaitu forum dan kuliah Subuh telah disampaikan oleh wakil Alumni dan Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para Alumni serta para pelajar KMPk.

Sesi forum juga telah menarik kehadiran beberapa orang pensyarah yang juga telah bertanyakan soalan kepada panel. Ini merupakan perkembangan yang baik dimana para pensyarah dan Alumni boleh berinteraksi dan berkomunikasi, bertukar pandangan semasa program.

Jutaan penghargaan buat para Alumni, para pelajar dan para pensyarah yang hadir dan memberikan sokongan kepada program ini. Moga kita boleh menganjurkan banyak lagi program berbentuk kerohanian dalam usaha untuk membantu para pelajar. :)





Antara Alumni yang hadir memberi sokongan semasa program Education & Career Fair Februari 2015 yang lalu. Dapat turun KMPk, dapat jumpa kawan-kawan lama dan dapat juga berkenalan dengan para Alumni yang lain.

Antara kelebihan bila sertai program-program anjuran Alumni KMPk. :)

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, para Alumni yang menyokong persatuan untuk sesi 2014/2016 ini. Moga diteruskan sokongan pada sesi hadapan.






Gambar para panel forum Oh My Career! semasa program Education and Career Fair (ECF) Februari 2015 yang lalu.

ECF merupakan gabungan program-program Alumni iaitu Get to Know, Oh My Career! dan Sharing Session.

Kepara para Alumni yang turut serta di KMPk semasa program sebagai panel forum, sebagai wakil universtiti masing-masing dan sebagai jawatankuasa program, jutaan penghargaan kami ucapkan diatas sokongan anda semua.

Semoga kita bertemu lagi di program ini di masa hadapan! :)




Gambar daripada program TOT AJKO 2014/2015 - sebagai persediaan untuk MPPB.

InsyaAllah ditahun mendatang Alumni KMPk akan meneruskan program ini bagi membantu persediaan AJKO dalam menerima kemasukan pelajar baru.

Terima kasih atas sokongan semua! :)




TOT AJKO untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMPk 2015/2016. Walaupun terdapat sedikit kelainan untuk TOT kali ini, tapi ianya tetap berjalan lancar.

Terima kasih kepada para AJKO yang sudi membantu MPPB dan terima kasih kepada para Alumni yang turut membantu sesi TOT.

Semoga berjumpa di TOT dan MPPB tahun ini pula. :)

p/s: MPPB tahun di di bulan Ramadhan. 




Gambar daripada program Retreats Team Alumni Gigih (TAG) sesi 2014/2016.

Terima kasih kepada para Alumni umumnya dan para ahli TAG khususnya atas sokongan anda terhadap persatuan sepanjang sesi 2014/2016.

Harapan kami agar sokongan anda diteruskan untuk sesi 2016/2018 yang bakal bermula selepas Annual Grand Meeting (AGM) SPKG VIII bulan depan.:)
 

 
"Menuju Alumni Berprestij"