Social Icons

twitterfacebook

Monday, January 26, 2015

Education & Career Fair 2015 - Pengumuman Rasmi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang dikongsikan sebelum ini di laman sosial, program anjuran NGO Alumni KMPk seterusnya adalah Education & Career Fair 2015. Program tersebut dijadualkan pada 14 Februari 2015 di Kolej Matrikulasi Perak.




Antara objektif program ini diadakan adalah untuk memberi gambaran berkaitan alam universiti dan kerjaya serta berkongsi beberapa panduan atau tips belajar dari sudut kerjaya dan mahasiswa IPTA itu sendiri. Dengan ini pelajar dapat diberikan kefahaman yang lebih baik tentang alam universiti dan didedahkan kepada bidang kerjaya terpilih sebagai pembakar semangat untuk meneruskan bidang pengajian kelak.

Antara pengisian untuk program kali ini adalah Get to Know, Oh My Career! dan Annual Meeting. Get to Know merupakan ruang perkongsian panduan dan tips berkaitan alam universiti daripada Wakil IPT dan para Alumni yang turun ke KMPk semasa program.

Manakala bagi Oh My Career! pula, sebuah forum akan diadakan. Forum ini akan dikendalikan oleh seorang moderator dan kami telah menjemput 7 orang Alumni berkerjaya darjpada 7 bidang kerjaya terpilih untuk berkongsi tips dan pengalaman berkenaan alam kerjaya kepada para pelajar.

Annual Meeting pula akan diadakan disebelah malam setelah selesai GTK dan OMC!. Para Pegawai NGO Alumni KMPk akan membentangkan hala taju dan perancangan persatuan kepada para Alumni. Sesi perbahasan idea dan soal jawab juga akan  diadakan bagi memastikan para Alumni tahu dan jelas akan visi, misi dan objektif persatuan.

Oleh itu, kami ingin menjemput para Alumni turun ke KMPk untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan program ini. Kami ingin membuka peluang kepada para Alumni untuk turun, pulang semula ke bumi bukit bukau subur menghijau Kolej Matrikulasi Perak ini.

Para Alumni yang masih menuntut di IPTA boleh turun dan bantu Wakil IPT semasa Get To Know berlansung. Bagi Alumni yang sudah berkerjaya, anda juga boleh bantu Wakil IPT semasa GTK disamping kami ingin membuka ruang untuk anda adakan “mini reunion” ketika program.

Bagi anda yang turun pada 14 Februari nanti, pastikan anda hadir ke Annual Meeting yang akan diadakan pada jam 8.00 mlm. Ini adalah peluang untuk para Alumni menyumbangkan pendapat dan idea untuk memastikan NGO Alumni KMPk terus melangkah kehadapan.

Pastikan anda turun ke Kolej Matrikulasi Perak 14 Februari depan untuk program Education & Career Fair 2015 dan sila sahkan kehadiran anda dengan mengisi borang penyertaan ini:
http://goo.gl/pHKGOg

Maklumat dan info tambahan tentang program seperti tentatif dan biodata panel OMC! akan diumumkan kemudian. :D

Terima kasih!

“Menuju Alumni Berprestij!”

Tambahan 1: Kepada para Alumni berkerjaya, mohon kerjasama anda untuk isikan borang Alumni Berkerjaya ini bagi membolehkan kami menjayakan Rangkaian Alumni yang sedang dalam perancangan. Rangkaian Alumni ini akan menjadi medan perkongsian maklumat dan info berkenaan hala tuju lepasan matrikulasi.

Borang Alumni KMPk Berkerjaya: http://goo.gl/oHQGcH

Tambahan 2: Kepada para Alumni sekalian, kami menjemput anda untuk memberikan respon kepada Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk ini. Kami mahu mendengar pendapat dan idea anda berkenaan persatuan. :D


Borang Kaji Selidik NGO Alumni KMPk: http://goo.gl/U30bCA

Sunday, January 25, 2015

Mesyuarat Education & Career Fair

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mesyuarat Education & Career Fair yang diadakan semalam. Seramai 26 orang Ahli Jawatankuasa beserta ahli Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk hadir di mesyuarat ini. 


Pengarah Program Tuan Hilmi Ismail yang mengetuai mesyuarat semalam
Setelah selesai mesyuarat bagi program Education & Career Fair, para pegawai Majlis Tertinggi NGO Alumni KMPk pula bermesyuarat bagi membincangkan tentang hala tuju persatuan. Hala tuju yang dibincangkan ini akan dibentangkan pada 14 Februari semasa Annual Meeting.


Para Alumni sekalian juga dijemput untuk turun ke KMPk semasa program Education & Career Fair nanti dan seterusnya turut serta menghadiri Annual Meeting tersebut. Kami akan mengumumkan berkenaan jemputan turun ke KMPk 14 Februari depan kepada para Alumni dalam masa terdekat ini. 

Kurang dari sebulan sebelum tarikh program. Doakan kelancarannnya. 

"Menuju Alumni Berprestij"

Saturday, January 10, 2015

"Melompat Setinggi langit"

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya

Alhamdulillah  syukur ke hadrat Ilahi, program "Melompat Setinggi Langit" yang berlansung siang tadi berjalan lancar. Program ini merupakan sebuah perkongsian akademik dan masa depan bersama Alumni KMPk. Perkongsian disampaikan oleh Presiden NGO Alumni KMPk, Tuan Hilmi Ismail. Program ini khas untuk pelajar semasa KMPk.


Gambar-gambar sepanjang program berlansung, 

Barisan Alumni KMPk yang turun untuk beri perkongsian "Melompat Setinggi Langit" sebentar tadi.

Para peserta dan para Alumni KMPk
Peserta lelaki
Adik-adik yang dahagakan ilmu

Mantan presiden NGO Alumni KMPk sesi 12/14, Tuan Faiz Kamaruddin.

Timbalan presiden, Puan Nurul Illianida

Presiden dan mantan presiden

Perkongsian dari Tuan Hilmi Ismail

Antara perkongsian yang disampaikan ialah mengenai 3 soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri. Soalan pertama Siapakah Aku? Soalan kedua Kenapakah aku disini? dan soalan terakhir Apakah matlamat Aku?.

Sentiasa tanya kepada diri sendiri 3 soalan itu supaya kita lebih fokus dan tidak tersasar daripada tujuan asal kita melakukan sesuatu. 3 soalan itu diperlukan untuk merancang masa depan yang lebih baik. Tentukan kita punya minat, kelebihan, bakat, kekurangan dan masalah yang kita hadapi. In sha Allah dengan kelebihan yang kita ada kita dapat mengatasi masalah yang datang.

Semoga dengan perkongsian dari para Alumni KMPk sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik kita merancang masa depan dengan lebih baik. Ø¥Ù† شاء الله  

 "Menuju Alumni Berprestij"

Link untuk dapatkan slideshow yang digunakan oleh speaker: https://docs.google.com/file/d/0Bx-Tbfe3YOw-c1YwTEtrVjhLNnM/edit


Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 Hijrah

Assalamualaikum. 

Alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada didalam bulan Rabiul Awwal tahun 1436 Hijrah ini. Sekali lagi, kita sama-sama berada dalam suasana menyambut maulidur rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat islam di seluruh dunia.




Rasullullah SAW adalah contoh yan terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan. Sesungguhnya, apabila Rasullulah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh didalam ibadat tetapi dalam semua aspek kehidupan. Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasullulah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun. Hakikatnya, maulidur rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran Baginda Rasullulah SAW, tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa oleh baginda.

Sekian. 



Friday, January 2, 2015

Education & Career Fair 2015



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program Persatuan NGO Alumni KMPk yang seterusnya adalah Education and Career Fair 2015. Butiran program;

Tarikh: 13-14 Februari 2015
Lokasi: Kolej Matrikulasi Perak

Program ini diadakan untuk memberikan gambaran awal tentang alam universiti dan kerjaya kepada para pelajar KMPk.

Antara pengisian sepanjang program adalah:
1. IPTA Pilihanku!
2. Oh My Career!
3. Tayangan Amal
4. Annual Meeting

Untuk 'IPTA Pilihanku!', para Wakil IPT dari kalangan Alumni-Alumni  akan berada di booth IPT masing-masing untuk berkongsi info dan input berkenaan alam universiti. Manakala untuk 'Oh My Career!', kita menjemput Alumni-Alumni yang berkerjaya daripada 7 bidang terpilih untuk memberikan ceramah pengisian mengenai alam kerjaya.

Selain dari itu terdapat juga tayangan amal dan Annual Meeting yang juga akan berlansung dalam tempoh tersebut.

Semoga program ini berjalan dengan lancar. Mohon doanya. :D

"Menuju Alumni Berprestij!"


#kmpk
#alumnikmpk